Ahad, 12 Disember 2010

Berakhirnya Semester 3

Semalam selesailah sudah peperiksaan akhir semester.  Semester tiga ini adalah semseter panjang. Jika diikutkan di atas kertas, para siswa sepatutnya sudah lama bercuti sama seperti universiti-universiti lain tetapi disebabkan berlakunya banjir yang agak dashyat di bumi Jelapang Padi ini, maka peperiksaan akhir semester di UUM terpaksa ditangguhkan.Ternyata semester ini mempunyai banyak perjalanan dan perkara yang tidak dapat dilupakan. Salah satunya adalah pemergian seorang sahabat saya ke rahmatullah.

Semester ini saya berdepan dengan tugasan akademik yang agak mencabar. Peperiksaan akhir semester ini pun agak sukar ditelah. Saya tertanya-tanya bagaimana keputusan peperiksaan saya pada semester depan?harap-harap lebih baik daripada semester satu dan dua. Saya tidaklah mahu membicarakan satu persatu perjalanan peperiksaan saya. Cukuplah sekadar menceritakan secara sepintas lalu. Saya berharap usaha dan keupayaan saya  akan bertambah pada semester hadapan.

Saya juga berharap pada semester depan saya dapat berada dalam tugasan kumpulan (group assignment) yang berbilang kaum. Saya beranggapan jika berada dalam kumpulan tugasan yang sama tidak membawa apa-apa perubahan apatahlagi jika disamping berada dalam bangsa yang sama. Jika sesuatu tugasan kumpulan itu terdiri daripada pelbagai kaum, nescaya dapat diwujudkan perpaduan kaum. Saya juga akan cuba mendapat tunjuk ajar daripada senior dan rakan-rakan yang mendapat keputusan cemerlang dalam jurusan INTAFF ini seperti Ali Redha Norman, Intan Rafhanah dan Nadia. Mereka adalah penerima anugerah dekan (DL) sebelum ini. Sebelum ini saya juga mempunyai seorang senior yang bolehlah dilabel sebagai genius. Dia juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Malam ini saya akan bertolak ke pulang ke kampung halaman. Saya telah pun pulang ketika cuti Hari Raya Aidiladha tempoh hari.  Saya akan kembali ke UUM atau lebih tepat lagi ke Bukit Kachi mungkin sebelum 15 haribulan Januari 2011. Ada pendapat yang mengatakan kuliah semester depan bermula 18 haribulan.Tetapi biarkan sahaja desas-desus itu. Sekembalinya saya di rumah, saya akan cuba membaca lebih banyak buku yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan sosial yang bersangkut paut dengan kursus pengajian saya. Subjek -subjek semester depan akan lebih "huru-hara" berbanding semester ini. Saya cuba meluangkan masa lapang saya di perpustakaan Dungun sambil membaca komik kegemaran saya iaitu Detektif Conan. 

Kepada kawan-kawan UUM, selamat jalan. Semoga dapat bertemu lagi pada semester hadapan.Insyaallah. Kepada kawan-kawan di kampung selamat bertemu kembali. Di bawah saya meletakan gambar yang diambil ketika kertas ujian yang terakhir peperiksaan akhir semester saya.Sayonara.

Jumaat, 10 Disember 2010

Salam Takziah : Perginya Seorang Sahabat

Hari Jumaat 10 haribulan 12 2010 seorang sahabat saya telah kembali ke rahmatullah. Dia adalah kawan satu pengajian saya di UUM. Namanya adalah Hafizan Osman. Arwah dikatakan menghidap penyakit hati bernanah. Saya sempat menatap wajahnya buat kali terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star.Sebenarnya dari hari Khamis lagi saya berniat untuk pergi melawatnya setelah diberitahu dia dimasukan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Antara teman-teman lain yang turut sama melawat arwah buat kali terakhir adalah Wan Syarifuddin, Faizal Ikhir Johari, Amer Izzuddin, Khalifa Omar, Akhmar, Maswari, Nabila Huda, Shahrul Ezwan, Roslan, Haffet serta Affendy.Antara pihak lain yang hadir adalah Penolong Pendaftar Encik Budiman, Dekan Colgis, Professor Madya Dr Ahmad Martadha, felo-felo serta seorang wakil MPP. Pada ketika itu jugasaya dihujani dengan panggilan telefon dan SMS apabila saya menyebarkan pemergian arwah. Terdapat juga seorang dua pensyarah yang menghubungi saya apabila mendapat berita tersebut.Di dalam lamanweb sosial seperti Facebook juga telah digunakan untuk memberitahu perkhabaran pemergian arwah Hafizan.

Saya bukanlah seorang individu yang rapat dengan arwah tetapi saya mengenali dia seorang yang periang dan peramah. Dia boleh bergaul dengan semua orang. Ketika saya melihat arwah di bilik jenazah saya terkedu dan sebak. Terkenang pula saat saya dengan dia bersama kawan-kawan yang lain.

Saya berdoa agar Allah S.W.T mengampuni dosa-dosanya serta menempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman. Saya juga berharap keluarga arwah bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T ini. Kepada kawan-kawan dan pengikut-pengikut blog saya ini, marilah sama-sama kita sedekahkan doa arwah Hafizan. Al Fatihah.

Selasa, 9 November 2010

Kenanganku bersama SMASID


Tetiba saya terpanggil untuk menyingkap kembali sejarah pendidikan saya. Bermula dari Tingakatan satu hingga lima saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun atau singkatannya SMASID. Saya menyambung pelajaran di tingkatan enam di Sekolah Menengah kebangsaan Agama Sheikh ABdul Malek (singkatannya SHAMS) di Kuala Terengganu. Tetapi saya tidak mahu menceritakan kenangan saya di SHAMS kali ini. Insyaallah saya akan menceritakannya pada masa akan datang.Kenangan di SMASID berbeda dengan kenangan di SHAMS. SMASID melahirkan saya sebagai seorang pelajar yang mengenali displin ilmu dan SHAMS melengkapkannya.





Pintu masuk hadapan SMASID. Gambar dia atas merupakan pintu pagar yang telah dinaiktarafkan

 Sebelum saya menceritakan pengalaman saya di SMASID, adalah lebih baik saya menceritakan sejarah ringkas mengenai SMASID ini. SMASID ditubuhkan pada hari Sabtu 26 April 1958 bersamaan 7 Syawal 1377 Hijrah. Sekolah ini ditubuhkan oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dipengerusikan oleh Pegawai daerah pada ketika itu, dato Aria Negara Tuan Bachik bin Abdul Jalil. Pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai seramai 94 orang pelajar (48 lelaki dan 46 perempuan). Pengetua yang pertama bernama Ustaz Lop Yusof bin A.Rahman. Pada 24 Julai 1958, setelah tiga bulan sekolah ini di buka, maka satu upacara rasmi disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu pada ketika itu. Sempena mengambil nama baginda maka sekolah ini diperkenalkan sebagai Sekolah Agama Sultan Ismail Dungun.


  Gambar kelas saya Tingkatan 3L2 tahun 2004. Saya duduk dibarisan tengah (4 dari kanan)

Sebelum memasuki alam sekolah menengah, saya agak berkira-kira sama ada saya patut belajar di dalam sekolah aliran agama. Sehinggalah saya tamat pelajaran sehingga tingkatan lima, barulah saya sedar. Suasana di sekolah agama memang berbeda dengan sekolah aliran biasa. Di dalam sekolah saya, pelajar-pelajar wanita lebih nampak bersantun dan menjaga adat walaupun  bukan semuanya seperti itu. Pergaulan pelajar lelaki dan perempuan agak terbatas. Salah satu sebabnya ialah berlaku pengasingan kelas antara lelaki dan perempuan. Di sekolah agama, kebanyakan pelajar lelaki dan wanita menjaga adat dan tatasusila mereka. Berbeda dengan apa yang saya perhatikan di universiti yang saya berada sekarang. Mungkin itu juga faktor mengapa saya tidak banyak bergaul dengan para siswi di Bukit Kachi khususnya. Tetapi, sekarang saya cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru di UUM. Namun pada suatu ketika pergaulan lelaki dan perempuan sama sahaja seperti di sekolah-sekolah aliran biasa.Sistem pendidikan di sekolah aliran agama sama sahaja dengan sekolah aliran biasa kecuali ada beberapa subjek agama yang diterapkan.Tingkatan satu saya mempelajari I'dadi iaitu satu subjek asas agama yang diajar di dalam bahasa Arab. I'dadi di ajar dari pelajar tingkatan satu hingga tiga.  Semua pelajar wajib menghafaznya dan mengambil imtihan(peperiksaan) terhadap subjek ini. Saya juga masih ingat ketika saya di tingkatan satu, saya dirotan bersama rakan-rakan yang lain oleh Ustaz Zaini yang juga Guru Displin kerana tidak menghafal I'dadi. Semasa di tingkatan tiga pula, saya dan kawan-kawan sekelas saya pernah dihukum oleh Cikgu Bahasa Melayu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Cikgu Bahasa Melayu saya menghukum saya dan kawan-kawan duduk mencangkung di luar kelas sambil diperhatikan oleh ramai pelajar dari kelas lain yang lalu-lalang. Satu lagi kes yang saya ingat, Saya pernah dihukum dikurung dalam gelanggang tenis gara-gara sampai lewat ke sekolah.

                                           Gambar saya ketika tingkatan 4

Pada zaman persekolahan menengah juga saya sebagai pelajar sekolah terikat dengan peraturan dan displin sekolah. Saya dirotan dan digunting rambut oleh Guru Displin kerana berambut panjang. Maklumlah, zaman tingkatan satu hingga tiga adalah zaman  kebudakan  dan kenakalan saya.  Beberapa kawan saya lagi hebat kenakalannya. Sesetengah daripada mereka dibuang asrama kerana melakukan pelbagai kesalahan di asrama dan sekolah.Tidak perlulah dinyatakan jenis kesalahan mereka. Malu pula nak sebut. Ramai yang datang belajar di SMASID dan bukan dari kawasan Dungun sahaja. Terdapat juga mereka yang datang dari daerah Kemaman, Setiu, Besut, Kuala Terengganu, Marang dan termasuk Hulu Terengganu.

Kebanyakan bekas pelajar  SMASID ini berjaya dalam profesyen masing-masing terutamanya mereka yang mengambil jurusan pengajian agama. Sebahagian besar bekas pelajar SMASID ini berjaya menyambung pelajaran ke Timur Tengah seperti di Universiti Al-Azhar dan Universiti Jordan.  Selain itu, ada juga mereka yang menyambung pengajian di universiti-universiti awam di seluruh negara. Salah seorangnya mungkin seperti saya.Namun begitu, disebalik kehebatan SMASID ini, ada juga kekurangan dan kelemahan. Tidak salah jika saya mengkritik sekolah saya sendiri jika untuk kebaikan SMASID itu sendiri.


Jika saya menceritakan kenangan saya di SMASID  dari tingkatan satu hingga lima mungkin post ini akan panjang berjela. Mungkin juga boleh dijadikan jilid buku, Saya hanya mahu menceritakan apa yang saya ingat sahaja. Walaupun SMASID adalah sekolah aliran agama tetapi bukan semua pelajarnya berperangai seperti malaikat. Jenis manusia yang berperangai macam tidak ada agama pun ada di SMASID. Terdapat juga beberapa perkara yang saya kurang senang dengan kawan-kawan sekolah saya tetapi walaubagaimanapun saya tetap menganggap mereka sebagai kawan. Sebaiknya, saya sudah melakukan yang terbaik.


Kini, sudah hampir lima tahun saya meninggalkan SMASID. Kali terakhir saya hadir ke SMASID adalah apabila ada majlis sambutan raya Aidilfitri  tahun ini anjuran Alumni SMASID. Saya dapat bertemu kembali dengan kawan-kawan sekolah lama saya termasuk guru-guru yang pernah mengajar saya, Saya lihat ada beberapa rakan-rakan lama saya sudah berubah dari segi fizikal dan matang. Tetapi masih ada lagi yang saya lihat belum berubah walaupun sudah tidak lagi bergelar sebagai pelajar sekolah.Apabila saya menjadi pelajar tingkatan lima, saya dilantil sebagai pengawas dn di situlah saya merasai soal pertanggungjawaban.


Itulah kenangan saya. Ditampar,disebat, didenda masuk dalam gelangang tenis, dipkasa "jalan itik" dan bermacam-macam lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang belajar di SMASID. Sesungguhnya SMASID bukanlah sebuah sekolah yang saya patut bangga tetapi saya harus berasa bersyukur kerana dapat mencari ilmu yang saya perolehi di SMASID terutamanya ilmu agama. Pengalaman di SMASID membuatkan saya banyak berfikir dan belajar dari pengalaman.  Semoga SMASID terus maju.


                             Saya ketika bersama senior SPM 2005


Gambar saya bersama rakan-rakan kelas saya tingkatan 5A2. Saya yang berdiri dibelakang kanan sekali.
Bersama kawan-kawan ketika Kem Kecemerlangan SPM 2006 di Cherating,Kemaman.Di dalam gambar saya  berbaju merah.

Gambar ini diambil semasa saya di tingkatan 4. Bersama saya dalam gambar ialah dari kiri Ustaz Zaini, Syakib, Hafizul Faris, Nazaruddin dan saya di sebelah kanan sekali.


Khamis, 7 Oktober 2010

Sedetik Bersama Seabad Terasa



 Persatuan Sains Politik (PSP) UUM juga tidak ketinggalan untuk membuat Majlis Hari Raya PSP dengan bertemakan " Sedetik Bersama Seabad Terasa". Sebenarnya majils Aidilfitri ini adalah satu projek ujian kepada ahli-ahli baru yang ditemuduga oleh pimpinan PSP sebelum bulan puasa lagi. Temuduga yang dibuat oleh pimpinan PSP adalah dengan menawarkan jawatan exco dan timbalan exco PSP. Tetapi sebelum mereka memperoleh jawatan berkenaan, mereka diberikan projek majlis raya ini sebagai ujian. Sebenarnya projek asal adalah majlis berbuka puasa tetapi disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan maka terpaksa diganti dengan majlis raya. Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa majlis ini adalah siswa semester pertama.

Majlis Aidilfitri ini turut dihadiri oleh Dekan Pembangunan Keusahawanan dan Pelajar Prof Madya Dr Ahmad Martada, Penasihat Persatuan Sains Politik Puan Siti Zubaidah Ismail dan seorang lagi pensyarah yang saya lupa namanya serta semua exco dan majlis tertinggi PSP hadir. Dr Aziziuddin juga dijemput tetapi sayangnya beliau tidak dapat datang. Pada anggapan saya majlis ini akan berjalan dengan sempurna tetapi rupa-rupanya ada juga masalah teknikal yang berlaku. saya juga kesal dan kecewa dengan masalah-masalah yang terjadi. Namun saya tidak mahu menyebut permasalahan yang berlaku di sini. Biarlah masalah itu menjadi pengajaran kepada ahli-ahli jawatankuasa supaya tidak berulang lagi pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, tahniah kepada pengarah projek majlis tersebut iaitu saudara Hafizi Hassan serta semua anak-anak buahnya kerana berjaya menjayakan majlis tersebut. Moga kalian akan terus menjayakan agenda PSP demi kebaikan bersama. Sekali lagi saya meletakkan gambar-gambar ragam suasana majlis raya PSP.


 Antara orang-orang kuat PSP. Baju biru tidak bersongkok adalah pengarah projek Hafizi Hassan


                                Kawan-kawan hadir untuk memeriahkan majlis


                       Antara ajk yang melaksanakan majlis raya PSP



                                  Antara para jelitawan Kachi yang datang 


          Ajk promosi  majlis raya PSP membuka kaunter pendaftaran

Timbalan Presiden PSP  Norzaiful bersama Roni. Roni satu-satunya kawan dari kaum India yang hadir majlis ini.


                           Ada juga yang mengambil peluang untuk berkaroke..

                         Para ajk turut tidak melepaskan peluang berkaroke


                                      Wakil dari Intaff Society pun hadir.

  Saya menikmati juadah bersama Dekan Colgis Prof Madya Dr Ahmad Martadha


               Puan Siti Zubaidah (kanan) dengan seorang lagi pensyarah (lupa nama dia)


 Saya mengambil peluang bergambar dengan junior yang baru menjadi ahli PSP

                                 Bergambar kenangan beramai-ramai


Insyaallah akan datang PSP akan melakukan segala terdaya untuk memajukan PSP demi kebaikan individu secara khasnya dan UUM secara umumnya.





Isnin, 4 Oktober 2010

Raya di UUM

Setelah  8 hari beraya di kampung halaman, saya kembali semula ke UUM. pihak UUM juga telah mengadakan majlis raya yang melibatkan staf-staf, pensyarah-pensyarah dan mahasiswa dan mahasiswi UUM. Majlis raya itu juga diadakan sempena Program Ziarah Kerja YB Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.Terdapat  beberapa artis tanah ait turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Hal ini saya sudah nyatakan dalam tulisan saya yang lepas. Saya juga berkesempatan bergambar dengan artis seperti Juara AF8 Shahir, Uji Rashid, Hail Amir dan kumpulan Nasyid Hijjaz. Saya tidak mahu bicara panjang pada kali ini. Cukuplah sekadar gambar-gambar yang yang saya letakkan ini untuk mengambarkan suasana raya di UUM





 

 
                                              bergambar dengan Hail Amir

                                         bergambar dengan Uji Rashid


                                          bergambar dengan kumpulan Hijjaz

                                        bergambar pula dengan Juara AF8 Shahir