Rabu, 17 November 2010

Salam Aidiladha

Allahuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar!Walilalillhamd. Hari ini 17 November 2010 bersamaan 10 Zulkaedah 1431 Hijrah merupakan Hari Raya Aidiladha. Selepas umat Islam berseronok menyambut Aidilfitri sebelum ini sekarang tibalah untuk menyambut hari yang mulia ini disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh negara. Di dalam takwin Islam, sekarag adalah bulan Zulkaedah. Bulan umat Islam mengerjakan rukun Islam yang terakhir iaitu mengerjakan haji. Hari ini juga umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha. Saya juga turut menunaikan solat sunat raya di surau kampung saya iaitu Surau Jalan Kenanga.


Pada hari raya korban ini juga umat Islam yang berkemampuan akan mengambil bahagian dalam ibdah korban. Ibadah korban ini dilakukan sempenan mengingati peristiwa penyembelihan Nabi Ismail A.S oleh bapanya Nabi Ibrahim A.S semata-mata menuruti perintah Allah S.W.T. Tetapi Allah mengantikan penyembelihan itu dengan seekor kibas.Berdasarkan daripada peristiwa itulah umat Islam digalakkan membuat  penyembelihan korban. Binatang yang kebiasaanya dikorbankan di Malaysia biasanya lembu dan kerbau. Unta juga ada tetapi agak payah untuk ditemui di setiap tempat. Di dalam bulan yang mulia ini jga kita sama-sama menghayati pengorbanan anbia dan mursalin lebih-lebih lagi pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W  dalam usaha menegakkan agama Allah. Marilah kita sama-sama pada hari ini mengambil iktibar dengan siap siaga berkorban demi agama,bangsa dan negara.


Saya tidak mahu bicara panjang kali ini.Cukupla setakat ini dulu. Di sini saya meletakkan beberapa gambar yang saya ambil ketika aktiviti ibadah korban di surau kampung saya. Saya hanya sempat mengambil beberapa keping sahaja kerana saya juga sibuk mengangkat dan memapah daging-daging lembu. Tangan habis berlumuran dengan darah.Akhir kalam, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam terutamanya pengikut-pengikut blog saya ini.


Allahuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar!Walilalillhamd.












Selasa, 9 November 2010

Kenanganku bersama SMASID


Tetiba saya terpanggil untuk menyingkap kembali sejarah pendidikan saya. Bermula dari Tingakatan satu hingga lima saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun atau singkatannya SMASID. Saya menyambung pelajaran di tingkatan enam di Sekolah Menengah kebangsaan Agama Sheikh ABdul Malek (singkatannya SHAMS) di Kuala Terengganu. Tetapi saya tidak mahu menceritakan kenangan saya di SHAMS kali ini. Insyaallah saya akan menceritakannya pada masa akan datang.Kenangan di SMASID berbeda dengan kenangan di SHAMS. SMASID melahirkan saya sebagai seorang pelajar yang mengenali displin ilmu dan SHAMS melengkapkannya.





Pintu masuk hadapan SMASID. Gambar dia atas merupakan pintu pagar yang telah dinaiktarafkan

 Sebelum saya menceritakan pengalaman saya di SMASID, adalah lebih baik saya menceritakan sejarah ringkas mengenai SMASID ini. SMASID ditubuhkan pada hari Sabtu 26 April 1958 bersamaan 7 Syawal 1377 Hijrah. Sekolah ini ditubuhkan oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dipengerusikan oleh Pegawai daerah pada ketika itu, dato Aria Negara Tuan Bachik bin Abdul Jalil. Pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai seramai 94 orang pelajar (48 lelaki dan 46 perempuan). Pengetua yang pertama bernama Ustaz Lop Yusof bin A.Rahman. Pada 24 Julai 1958, setelah tiga bulan sekolah ini di buka, maka satu upacara rasmi disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu pada ketika itu. Sempena mengambil nama baginda maka sekolah ini diperkenalkan sebagai Sekolah Agama Sultan Ismail Dungun.


  Gambar kelas saya Tingkatan 3L2 tahun 2004. Saya duduk dibarisan tengah (4 dari kanan)

Sebelum memasuki alam sekolah menengah, saya agak berkira-kira sama ada saya patut belajar di dalam sekolah aliran agama. Sehinggalah saya tamat pelajaran sehingga tingkatan lima, barulah saya sedar. Suasana di sekolah agama memang berbeda dengan sekolah aliran biasa. Di dalam sekolah saya, pelajar-pelajar wanita lebih nampak bersantun dan menjaga adat walaupun  bukan semuanya seperti itu. Pergaulan pelajar lelaki dan perempuan agak terbatas. Salah satu sebabnya ialah berlaku pengasingan kelas antara lelaki dan perempuan. Di sekolah agama, kebanyakan pelajar lelaki dan wanita menjaga adat dan tatasusila mereka. Berbeda dengan apa yang saya perhatikan di universiti yang saya berada sekarang. Mungkin itu juga faktor mengapa saya tidak banyak bergaul dengan para siswi di Bukit Kachi khususnya. Tetapi, sekarang saya cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru di UUM. Namun pada suatu ketika pergaulan lelaki dan perempuan sama sahaja seperti di sekolah-sekolah aliran biasa.Sistem pendidikan di sekolah aliran agama sama sahaja dengan sekolah aliran biasa kecuali ada beberapa subjek agama yang diterapkan.Tingkatan satu saya mempelajari I'dadi iaitu satu subjek asas agama yang diajar di dalam bahasa Arab. I'dadi di ajar dari pelajar tingkatan satu hingga tiga.  Semua pelajar wajib menghafaznya dan mengambil imtihan(peperiksaan) terhadap subjek ini. Saya juga masih ingat ketika saya di tingkatan satu, saya dirotan bersama rakan-rakan yang lain oleh Ustaz Zaini yang juga Guru Displin kerana tidak menghafal I'dadi. Semasa di tingkatan tiga pula, saya dan kawan-kawan sekelas saya pernah dihukum oleh Cikgu Bahasa Melayu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Cikgu Bahasa Melayu saya menghukum saya dan kawan-kawan duduk mencangkung di luar kelas sambil diperhatikan oleh ramai pelajar dari kelas lain yang lalu-lalang. Satu lagi kes yang saya ingat, Saya pernah dihukum dikurung dalam gelanggang tenis gara-gara sampai lewat ke sekolah.

                                           Gambar saya ketika tingkatan 4

Pada zaman persekolahan menengah juga saya sebagai pelajar sekolah terikat dengan peraturan dan displin sekolah. Saya dirotan dan digunting rambut oleh Guru Displin kerana berambut panjang. Maklumlah, zaman tingkatan satu hingga tiga adalah zaman  kebudakan  dan kenakalan saya.  Beberapa kawan saya lagi hebat kenakalannya. Sesetengah daripada mereka dibuang asrama kerana melakukan pelbagai kesalahan di asrama dan sekolah.Tidak perlulah dinyatakan jenis kesalahan mereka. Malu pula nak sebut. Ramai yang datang belajar di SMASID dan bukan dari kawasan Dungun sahaja. Terdapat juga mereka yang datang dari daerah Kemaman, Setiu, Besut, Kuala Terengganu, Marang dan termasuk Hulu Terengganu.

Kebanyakan bekas pelajar  SMASID ini berjaya dalam profesyen masing-masing terutamanya mereka yang mengambil jurusan pengajian agama. Sebahagian besar bekas pelajar SMASID ini berjaya menyambung pelajaran ke Timur Tengah seperti di Universiti Al-Azhar dan Universiti Jordan.  Selain itu, ada juga mereka yang menyambung pengajian di universiti-universiti awam di seluruh negara. Salah seorangnya mungkin seperti saya.Namun begitu, disebalik kehebatan SMASID ini, ada juga kekurangan dan kelemahan. Tidak salah jika saya mengkritik sekolah saya sendiri jika untuk kebaikan SMASID itu sendiri.


Jika saya menceritakan kenangan saya di SMASID  dari tingkatan satu hingga lima mungkin post ini akan panjang berjela. Mungkin juga boleh dijadikan jilid buku, Saya hanya mahu menceritakan apa yang saya ingat sahaja. Walaupun SMASID adalah sekolah aliran agama tetapi bukan semua pelajarnya berperangai seperti malaikat. Jenis manusia yang berperangai macam tidak ada agama pun ada di SMASID. Terdapat juga beberapa perkara yang saya kurang senang dengan kawan-kawan sekolah saya tetapi walaubagaimanapun saya tetap menganggap mereka sebagai kawan. Sebaiknya, saya sudah melakukan yang terbaik.


Kini, sudah hampir lima tahun saya meninggalkan SMASID. Kali terakhir saya hadir ke SMASID adalah apabila ada majlis sambutan raya Aidilfitri  tahun ini anjuran Alumni SMASID. Saya dapat bertemu kembali dengan kawan-kawan sekolah lama saya termasuk guru-guru yang pernah mengajar saya, Saya lihat ada beberapa rakan-rakan lama saya sudah berubah dari segi fizikal dan matang. Tetapi masih ada lagi yang saya lihat belum berubah walaupun sudah tidak lagi bergelar sebagai pelajar sekolah.Apabila saya menjadi pelajar tingkatan lima, saya dilantil sebagai pengawas dn di situlah saya merasai soal pertanggungjawaban.


Itulah kenangan saya. Ditampar,disebat, didenda masuk dalam gelangang tenis, dipkasa "jalan itik" dan bermacam-macam lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang belajar di SMASID. Sesungguhnya SMASID bukanlah sebuah sekolah yang saya patut bangga tetapi saya harus berasa bersyukur kerana dapat mencari ilmu yang saya perolehi di SMASID terutamanya ilmu agama. Pengalaman di SMASID membuatkan saya banyak berfikir dan belajar dari pengalaman.  Semoga SMASID terus maju.


                             Saya ketika bersama senior SPM 2005


Gambar saya bersama rakan-rakan kelas saya tingkatan 5A2. Saya yang berdiri dibelakang kanan sekali.
Bersama kawan-kawan ketika Kem Kecemerlangan SPM 2006 di Cherating,Kemaman.Di dalam gambar saya  berbaju merah.

Gambar ini diambil semasa saya di tingkatan 4. Bersama saya dalam gambar ialah dari kiri Ustaz Zaini, Syakib, Hafizul Faris, Nazaruddin dan saya di sebelah kanan sekali.


Sabtu, 6 November 2010

Menghitung Nasib selepas Galas dan Batu Sapi


Akhirnya siapa yang mendapat mandat rakyat di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi telah terjawab. Calon BN Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS Dr Zulkefli Mohammad. Aziz vmendapat undi sebanyak 5,324 undi dan Zulkefli mendapat 4,134 undi. Undi rosak sebanyak 132. Aziz menang dengan majoriti 1.190 undi.manakala bagi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin menang dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 6,359 undi. Linda mengalahkan calon Parti Maju Sabah (SAPP) yang juga presiden parti tersebut, Datuk Yock Teck Lee dan calon parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah. Linda mendapat undi sebanyak 9.773 berbanding Ansari yang mendapat 3,414 dan Teck Lee sebanyak 2,301.

Kemenangan BN di kedua-dua kersui ini membuatkan saya terfikir sejenak. Adakah kemenangan ini menunjukkan bahawa rakyat kagum dan teruja terhadap Program Transformasi Kerajaan, Program Trnsformasi Ekonomi, dan Model Ekonomi Baru dan berbagai lagi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN)? Sebelum hari pengundian saya sudah menjangkakan Pakatan Rakyat akan berdepan dengan laluan sukar.Saya tidak merasakan kemenangan di Galas itu milik BN secara keseluruhannya. Ia lebih kepada kemenangan peribadi pengarah pilihanraya BN itu sendiri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. BN mengerakkan jentera dengan begitu hebat dan agresif sekali. Seluruh menteri kabinet turun berkempen bagi memastikan kemenangan BN.Sudah tentunya janji-janji kebendaan yang ditaburkan oleh BN tidak dapat dielakkan. Projek perumahan rakyat di Galas dan janji untuk memberi wifi kepada seluruh Kelantan merupakan di antara janji-janji utama BN. Disebabkan itulah mungkin orang-orang Asli yang menjadi pengundi di Galas berpihak kepada BN. Walaubagaimanapun, apa yang saya perhatikan BN bersemangat untuk menang di Galas dan Batu Sapi.


Saya tidak begitu fokus kepada pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi. Pakatan Rakyat telah menang kerusi parlimen Sibu sebelum ini tetapi dengan kemenangan BN di Batu Sapai melemahkan semangat Pakatan Rakyat untuk menguasai Sabah dan Sarawak.Saya hairan bagaimana BN boleh mengambil keputusan dengan meletakan balu kepada mendiang ahli parlimen Batu Sapi sebagai calon. Walaupun calon BN Batu Sapi mempunyai jawatan dalam parti komponen BN tetapi apakah tiada calon lain yang boleh dijadikan pertaruhan?.Strategi BN meletakkan Datin Linda menyebabkan dalam kalangan orang awam dan sesetengah pemerhati sebagai nepotisme. Apabila saya melihat portal berita di internet dan di televisyen mengenai kempen BN di Batu Sapi, ternyata kawasan Batu Sapi masih banyak ketinggalan. Mungkin pengundi-pengundi Batu Sapi mahu kawasan mereka dibangunkan dan mungkin itu faktor mereka mengundi BN.Mungkin.



 Bagaimana pula dengan nasib PAS di Galas.Pas menerajui kerajaan negeri Kelantan. PAS sepatutnya lebih mudah ke depan kerana mereka menguasai negeri. Pada anggapan saya faktor kekalahan PAS mungkin kerana tindakan pemimpin PAS Kelantan seperti Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz menghulurkan bantuan kewangan kepada orang-orang Asli. Hal ini telah diekploitasi sebaiknya oleh BN. Bagi pengundi atas pagar melihat bahawa tindakan PAS itu sama sahaja dengan BN iaitu suka mengula-gulakan rakyat atau lebih tepat lagi cuba membeli pengundi dengan wang. Walaupun PAS mendakwa bantuan itu sebenarnya adalah zakat bagi orang Asli yang baru memeluk Islam, tetapi masih sukar diterima pengundi.Pada permulaan kempen, PAS sudah kelihatan tidak bermaya dan bersungguh-sungguh untuk berjuang di Galas seperti PAS sudah tidak mahu menggalas di Galas lagi. Perasaan menyerah kalah terlalu awal inilah menjadi punca PAS kalah.

PAS juga seperti ketandusan pengarah pilihanraya. Mengapa PAS masih menggunakan khidmat veteran seperti Abdul Fatah Harun, Abdul Rahim dan lain-lain lagi?. Sebaik-baiknya Datuk Husam Musa boleh dijadikan sebagai pengarah pilihanraya bersama dengan Datuk Takiyuddin sebagai timbalan. Husam dan Takiyuddin merupakan bakal pemimpin besar PAS pada masa akan datang.Husam yang memang terkenal dengan strategik politiknya mungkin mampu mendapat sokongan pengundi-pengundi muda. PAS tidak boleh menyamakan pemimpin veteran mereka dengan Ku LI. Ku Li mempunyai aura tersendiri apatah lagi apabila beliau bersilat dalam kawasannya sendiri.Jika PAS terus mengekalkan pemimpin lama mungkin nasib PAS lebih buruk seperti yang disangka. PAS sebagai parti Islam perlu berlapang dada atas kekalahan mereka di Galas. Mungkin Allah S.W.T menarik seketika nikmat kemenangan supaya pemimpin dan ahli-ahli PAS kembali insaf dan melakukan hisab dalam perjuangan mereka. Jika PAS berhenti meyalahkan pihak lawan seketika dan mula mencari punca-punca kekalahan, saya percaya PAS akan menjadi parti cemerlang pada masa akan datang. Cita-cita PAS bersama dalam Pakatan Rakyat yang mahu mengambil alih Putrajaya yang ingin dipertahankn bermati-matian oleh Najib, adalah lebih baik PAS melakukan tajdid dalam saf kepimpinan mereka. Pemimpin PAS yang sudah kekeringan idea dan tenaga patut berunudur segera. Muka-muka baru dalam PAS perlu diisi dengan segera di samping mengubah pendekatan politik PAS.

Bagaimana pula dengan nasib PKR di Batu Sapi?Sebelum penamaan calon PKR "berperang" dengan SAPP supaya berkompromi dalam meletakkan calon demi menumbangkan BN. Tetapi SAPP enggan maka PKR terpaksa bertempur dengan BN dan SAPP sekali. Hal ini menyebabkan undi berpecah. Jika SAPP mengambil sikap muafakat dengan PKR, sudah tentu boleh memecahkan undi calon BN. . Calon PKR Ansari Abdullah yang terjatuh dari jeti mungkin menyebabkan calon itu kurang bersemangat untuk berkempen. Pemimpin-pemimpin PKR yang lain juga dilihat kurang agresif berkempen. Sebagai parti baru dalam Pakatan Rakyat, PKR harus menunjukkan kesungguhan bahawa parti mereka lebih baik daripada BN. Tugas PKR bukan sahaja perlu meraih sokongan dari rakyat berbilang kaum tetapi juga menagjar rakyat supaya celik politik. BN  tidak mengajar rakyat mengenai politik. BN cuma mengajar rakyat menjadi "yes man" sejak  50 tahun dulu.Faktor kekalahan PKR di Batu Sapi mungkin disebabkan keghairahan pemilihan PKR yang menyaksikan pertembungan sengit bagi jawatan Timbalan Presiden PKR Cerita mengenai pemilihan kepimpinan PKR tidak mahu dinyatakan di sini.Mungkin lain kali saya akan mengulas mengenainya.

Barisan Nasional (BN) tentu gembira dengan kemenangan di kedua-dua kerusi. Sama-sama kita nantikan BN melaksanakan janji-janji mereka kepada pengundi-pengundi Galas dan Batu Sapi. Tetapi BN terutamanya UMNO tidak boleh terus leka, Ku Li harus diberi peranan yang lebih dan bukan setakat pengarah pilihanraya kecil. Ku Li patut di bawa naik ke dalam pucuk kepimpinan UMNO supaya UMNO bersih daripada segala penyelewengan,rasuah dan salah gunakuasa. Mungkin Ku Li menyambung kembali angan-angan untuk bertanding Presiden UMNO. Tetapi mampukah Ku Li untuk membersihkan UMNO yang sudah sebati dengan amalan yang tidak berpahala itu?.Saya meragui kemampuan Ku Li.

Tetapi perkara yang nyata dapat dilihat dalam dua pilihanraya ini, masing-masing begitu ghiarah membuat provokasi termasuk penyokong-penyokong parti. Amalan politik rimba ini hanya menjejaskan lagi pembangunan negara.Taktik menyerang calon dan memburukkan calon tidak sepatutnya berlaku. Nampaknya kita agak sukar untuk mengubah cara orang-orang politik berpolitik.

Itulah nasib BN, PAS dan PKR. BN gembira kerana menang manakala PAS dan PKR kecewa setelah kecundang dalam dua pilihanraya ini. DAP pula mungkin tumpang simpati dengan rakan-rakan gabungan mereka dalam Pakatan Rakyat.Sejak pilihanraya umum 2008, berlaku banyak pilihanraya kecil. BN dan PR saling bertukar-tukar kemenangan. Tidak dapat dipastikan sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Naional yang akan ke Putrajaya pada masa akan datang. Walau apa pun terjadi, semoga perubahan yang berlaku membawa keberkatan dan kebaikan kepada negara.