Sabtu, 29 Januari 2011

Cuti Semester 3 : Gotong Royong Surau Puan Hajah Aisyah


Pada cuti semester lepas saya terlibat dengan gotong royong dan menaiktaraf surau kampung saya. Sebelum ini surau kampung saya dikenali sebagai Surau Jalan Kenanga tetapi sekarang ditukar kepada Surau Puan Hajah Aisyah. Nama Puan Hajah Aisyah diambil sempena nama isteri kepada pemilik tapak rumah yang telah diwakafkan menjadi surau.

Menariknya, gotong royong ini mendapat usahasama daripada kakitangan Petronas. Petronas ada menyumbang beberapa bantuan kepada surau kami. Petronas juga mempunyai aktiviti kebajikan bersama orang-orang kampung. Walaubagaimanapun, ada perkara yang saya agak tidak berkenan dengan apa yang berlaku iaitu salah seorang kakitangan petronas itu adalah seorang wanita yang berbangsa Cina dan dia memang bukan beragama Islam. Tidak salah jika dia masuk ke surau kami tetapi dia tidak berpakaian menutup aurat. Sepatutnya wakil Petronas yang beragama Islam perlu menegur perbuatan seperti ini. Seperkara lagi ialah salah seorang wakil Petronas yang memberi ucapan di dalam surau itu tidak memahami jenis bahasa yang sepatutnya yang dia perlu guna. Saya fikir tidak sesuai dia menggunakan istilah "mengincreasekan". Istilah itu adalah bahasa rojak Melayu dan Inggeris. Memang langsung tidak sesuai untuk digunakan apatahlagi debgan orang-orang kampung. Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada Petronas kerana sudi memberi sumbangan kepada surau di kampung saya.. Semoga surau yang telah dibaiki, dibersih dan dinaiktarafkan ini memberi keselesaan kepada jemaah surau untuk beribadat. Saya mengharapkan pada masa akan datang kerja-kerja makruf ini dapat diteruskan dengan melibatkan lebih banyak golongan belia. Di sini saya letakkan beberapa kepinrig gambar yang sempat saya ambil semasa gotong royong tersebut.

     Ustaz daripada UITM menyampaikan tazkirah sebelum memulakan gotong-royong

                    Ustaz Him (Ibrahim) memberi ucapan alu-aluan sebelum gotong-royong

                                         wakil daripada Petronas memberikan ucapan

                                               bersarapan sebelum bergotong-royong

                                        


 menerima sumbangan hadiah daripada Petronas

menikmati juadah makan tengah hari

                                                 replika sumbangan daripada Petronas

                       Bergambar kenangan selepas merasmikan penjenamaan semula surau

Sabtu, 15 Januari 2011

Semester Baru dan Agenda yang Diperbaharui

Sebulan lebih saya tidak mengemaskini blog saya ini. Saya juga terlepas banyak maklumat menarik di dalam internet. Maklumlah di rumah broadband belum dibayar lagi. Itu pun pinjam dengan kakak. Lagipun. ketika di rumah saya sibuk dengan pelbagai perkara.

Keputusan peperiksaan semester lepas sudah pun dikeluarkan. Alhamdulillah. Keputusan saya agak baik pada kali ini. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Ketika saya membuka Facebook pada cuti semseter baru-baru ini, pelbagai isu timbul yang membabitkan UUM. Ada sebahagian kawan-kawan saya di Kachi ditukarkan ke DPP lain. Tidak kurang juga ada yang bertukar bilik. Saya mempunyai pelbagai perkara yang hendak disampaikan dalam blog ini. Cuma post kali ini sebagai mukadimah pada tahun baru 2011

Petang semalam saya tiba di Bukit Kachi tercinta ini. Perjuangan menuntut ilmu telah bermula. Diharapkan semester ini lebih baik daripada yang dulu. Saya berada pada semester baru cuma agenda sahaja yang perlu diperbaharui. Salam Semester Baru.