Selasa, 26 Jun 2012

Selamat Tinggal UUM

Dewan MAS UUM

Depan Bangunan Chancelori

Tak lama lagi aku akan bergraduasi

Pejam celik tidak disangka sudah 3 tahun saya berada di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kehidupan di UUM ini juga amat bermakna dengan kewujudan Facebook, Twitter dan Blog untuk kita berhubung dengan rakan-rakan. Kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa bermula pada bulan Jun 2009. Jika diimbau kembali pada tahun itu, saya telah mendapat surat tawaran melanjutkan pengajian di UUM bagi jurusan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa. Pada saat itu, saya kurang faham mengenai prospek pengajian saya itu. Di dalam surat tawaran itu juga menyatakan saya akan tinggal di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat. Saya tidak menyangka bahawa tempat tinggal saya itu sebenarnya di Bukit Kachi. Hari pertama menjejak kaki ke UUM, saya berpakaian sopan. Berbaju kemeja putih, tali leher hitam serta berambut pendek (lihat gambar di bawah). Banyak kenangan yang ada di UUM bermula dari semester pertama. Senior pertama yang saya jumpa ialah Abang Suhazman. Dialah yang tolong mengangkat beg dan baldi saya ke bilik saya. Rupa-rupanya dia juga adalah jiran bilik saya di Blok B. Minggu orientasi juga salah satu kenangan yang baik bagi saya. Di situ, saya dapat berkenalan dengan mantan YDP MPP UUM, abang Saifuddin, Presiden JKPS DPP Bank Rakyat Abang Amir serta ramai lagi senior. Walaupun ada benda yang saya menyampah ketika minggu orientasi tetapi bukanlah semuanya buruk. Selain itu, lagu UUM Biru Warna akan tetap tersemat di ingatan saya.


Gambar saya semester pertama yang diambil untuk dijadikan kad matrik.


Gambar di hadapan bangunan Chanselori


bersama Amir, Joz, dan Wan Syarifuddin ketika di Pejabat Bendahari


Depan air pancut

Ketika di semester pertama juga saya mempunyai teman bilik. Namanya Azlin ABdul Halim. Orangnya agak pendiam dan bukan jenis kaki kecoh. Dari semester satu hingga ke semester akhir dia menjadi teman bilik saya. Memang kadang-kala wujud perselisihan faham tetapi perselisihan itu tidaklah kemana. Saya bersyukur mempunyai teman bilik yang sentiasa menunaikan solat lima waktu serta saling memahami antara satu sama lain. walaupun kadang-kadang dia jadi poyo tetapi itu tidak menjadi masalah bagi kami berdua. kami juga selalu keluar makan bersama di cafe dan saling bertukar-tukar cerita tentang keluarga serta hal-hal peribadi yang lain. Alhamdulillah, sehingga tamat tempoh pengajian, saya tidak pernah menukar teman bilik.


Kenangan semasa menyambut ulang tahun kelahiran Azlin


Terlalu banyak benda yang hendak diceritakan dari semester satu hingga ke semester enam. Tetapi apa yang saya dapat rumuskan, sepanjang tempoh tiga tahun ini, saya cukup gembira tinggal di DPP Bank Rakyat. selain daripada kawan-kawan INTAFF(akronim bagi jurusan pengajian saya), saya juga mempunyai kawan-kawan daripada jurusan pengajian lain seperti BPM, BDM dan Law dibawah
COLGIS. Selain itu, saya juga mempunyai rakan-rakan daripada CAS dan COB. Saya juga akan ingat ilmu-ilmu yang diajar oleh pensyarah saya termasuk guru Ko K Silat Gayong saya Encik Ismail Ibrahim serta kawan-kawan Ko K saya yang lain.

Semester pertama barulah saya memahami tentang mengenai latar belakang kursus pengajian saya. Rupanya kursus pengajian saya berkaitan dunia antarabangsa, konflik dunia serta laluan untuk ke arah menjadi dunia kedutaan dan diplomatik. Namun, hakikatnya bukan semua siswa berpeluang dan berminat ke arah itu. Kelas INTAFF pertama yang saya masuk adalah kelas Pengantar Sains Politik yang diajar oleh Dr Azizuddin. Pada mulanya saya agak terkejut kerana kelas itu diajar dalam bahasa Inggeris. Padahal rupanya, semua subjek dalam INTAFF diajar dalam bahasa Inggeris. Saya bukanlah seorang yang dikatakan pakar dalam berbahasa Inggeris. Tetapi Alhamdulillah, penguasaan bahasa Inggeris saya bertambah baik berbanding sebelum masuk ke UUM.


bersama rakan-rakan sepengajian ketika Majlis Makan Malam Amal INTAFF



bersama kawan-kawan jurusan BPM ketika lawatan ke Thailand


bersama rakan-rakan BDM selepas pulang daripada majlis kenduri kahwin

Sepanjang tempoh tiga tahun ini juga saya dapat mengenali seiapa yang patut dikatakan sahabat baik dan musuh dalam selimut. Dulu ada juga mereka yang saya anggap seperti sahabat tetapi rupanya jenis yang mementingkan diri sendiri. Ada juga jenis kawan yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Sejak saya masuk ke UUM juga, saya mengenali istilah BFF (Best Friend Forever). Saya kurang gemar dengan BFF ini kerana seolah hanya mereka yang tertentu sahaja yang dianggap sebagai kawan baik sampai mati. Sikap seperti mengelaskan rakan-rakan juga adalah tidak adil. Bagi saya, jika seseorang itu berkawan baik dengan saya dan saya juga berkawan baik dengan dia, maka itulah kawan. Dengan cara ini, saya akan selesa lepak dengan sesiapa sahaj yang dianggap sebagai kawan. Namun begitu, bagi mereka yang mengamalkan BFF ini, teruskan. Ini hanya pandangan saya.

Saya sudah tidak tahu lagi apa yang saya perlu ungkapkan di sini. Semangat untuk menulis segala hal yang berlaku sepanjang tempoh pengajian saya di UUM seakan-akan tiada walaupun kepala seperti penuh dengan idea untuk menulis. Mungkin dengan gambar yang saya letakkan di sini akan menceritakan perjalanan hidup saya sebagai seorang siswa sepanjang tiga tahun. Selepas ini saya akan pulang ke Terengganu. Selepas ini juga tiada lagi pertuturan "cakap KL" atau cakap loghat utara. Semoga kenangan di UUM akan sentiasa segar di hati saya serta rakan-rakan yang lain.

Selamat Tinggal UUM.Insyallah aku akan menjejak kaki di sana lagi.


Gambar semester satu ketika lawatan ke Perlis


Semester dua ketika program HIMPUN di Pendang


Semester tiga ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama NC UUM


Semester empat ketika terlibat dengan program Baksis Felda Chini


Semester lima ketika terlibat dengan program Youth Define: Shape Our Future


Ini gambar semester enam yang terbaru(23.6.12)di bendang sawah padi ketika pulang daripada majlis perkahwinan sahabat Faiz & Suraya

2 ulasan:

Anok Pok Mat Kapok berkata...

best jadi budak INTAFF :)

Anok Pok Mat Kapok berkata...

INTAFF :) before 2008, INTAFF satu ngan BIBM, then dipecahkan, INTAFF masuk COLGIS.. walaupun Org slalu kate ape yg bdk2 INTAFF belajar tu membosankan, tp ilmu yg diperolehi snagat bermanfaat :D