Khamis, 12 April 2012

SHAMS Takkan Luput Di Ingatan



Tajuk post saya kali ialah "SHAMS Takkan Luput Di Ingatan". SHAMS adalah singkatan kepada nama sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek. Ini adalah sekolah kedua saya selepas saya menamatkan pelajaran saya di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Walaubagaimanapun, saya lebih menghargai SHAMS berbanding SMASID. SHAMSlah sekolah yang mematangkan saya cara berfikir dan bertindak. SMASID hanyalah sekadar biasa-biasa sahaja. Banyak perkara pahit di SMASID berbanding perkara-perkara manis. Namun, begitu, saya tetap tidak melupakan SMASID. Cuma, bagi saya SHAMS lebih bermakna bagi saya berbanding SMASID.

Saya hanya mahu menceritakan pengalaman saya menjadi pelajar SHAMS. Saya tidak akan bercerita tentang kejayaan para pelajar PMR, SPM dan STPM di SHAMS atau pun sejarah sekolah. Sesiapa yang ingin mengetahui mengenai itu boleh mencarinya di internet. Saya mula menjadi pelajar SHAMS pada tahun 2007. Pada ketika itu, saya mendapat tawaran untuk belajar di SHAMS. Pada mulanya saya ingin memasuki kolej memandangkan keputusan SPM saya tidak begitu baik. Tetapi atas dorongan guru dan ibu bapa, mereka menyuruh saya menyambung pelajaran di tingakatan enam. Guru kaunseling saya di SMASID memberitahu bahawa lebih mudah untuk masuk universiti melalui keputusan STPM. Atas saranan itu, saya masuk tingkatan enam. Kawan-kawan yang bersama saya di tingkatan enam seramai 12 orang lelaki termasuk saya dan perempuan hampir 30 orang.

Di SHAMS, saya mempunyai kawan baru selain Hakim Adli, Syafiq Firdaus, Nur Ain, Rohafifah, Nurhidayah Nadzori, Habibah Yaakob dan Siti Aisyah yang merupakan kawan-kawan yang saya kenal sejak bersekolah di SMASID lagi. Saya mempunyai kawan baru seperti Rohaya Mustafa, Rasidah Alias, Rashidah Mamat, Nur Solihah, Solihah Kamaruddin, Aida Shudaha, Izni Syukriah, Zuraiha, Abdul Hafiz Hilmi, Nurhilmi, Arief Fadhilah, Ariful Maarif, Burhanuddin, Amir Asraf,Faizal Marican dan ramai lagi.

Ketika di SHAMS, saya berhadapan dengan suasana baru. Suasana yang mana para pelajar sentiasa belajar. Hal ini terbukti SHAMS merupakan salah satu sekolah yang terbaik di Terengganu dari segi pencapaian akademik. Di SHAMS, saya mepunyai semangat untuk belajar dan mencapai cita-cita yang lebih jelas. Guru-guru banyak membantu saya dalam akademik. Antaranya guru yang "otai" dengan pelajar tingkatan enam iaitu Cikgu Zuraifah Mustafa. Guru-guru lain seperti Halimatun Faridah, Cikgu Fatimah, Ustazah Norhayati, Ustazah Fauziah, Ustaz Zaidi, Ustaz Aziz dan lain-lain lagi. Hubungan kami dengan guru-guru tingkatan enam amatlah rapat. Pengalaman seperti inilah yang saya tidak dapat rasai ketika di SMASID.

Namun begitu, kadang-kala ada juga konflik yang berlaku di SHAMS. kami di tingkatan enam seolah-olah dipinggirkan daripada pihak pentadbiran sekolah. Kemuncak konflik ialah apabila seorang guru kanan datang ke kelas kami dan menyoal beberapa pelajar lelaki dalam satu insiden seorang pelajar tingkatan 5 pada ketika itu didapati pengsan di tandas. Masih ada lagi isu-isu lain tetapi itulah isu yang kemuncak. Nasib baiklah guru-guru tingkatan Enam memahami dan sentiasa membantu saya dan kawan-kawan.

Sepanjang saya berada di SHAMS, saya terkesan dengan budaya para pelajar SHAMS. Para pelajar lelaki dan perempuan bila berbual untuk sesuatu hal yang penting, mereka tidak bertentangan mata. Kadang-kala mereka bercakap di sebalik pintu atau tiang. Di asrama pula, para senior terutama mereka yang berimejkan Islamik apatahlagi yang memegang jawatan dalam asrama boleh membuat doktrin kepada junior terutama pelajar tingkatan satu. Para pelajar tingkatan satu yang tinggal di asrama mereka disuruh untuk tidur di surau sekolah. Hal ini kerana para senior asrama akan mengejutkan pelajar tingkatan satu pada pukul 2 atau 3 pagi untuk bertapa di beberapa lokasi dalam sekolah. Saya di antara orang yang banyak menentang budaya-budaya pelik di SHAMS. Disebakan penentangan tersebut, saya dicop Islam Liberal oleh sesetengah geng-geng alim di SHAMS. Saya juga menyampah dengan sikap bekas-bekas pelajar SHAMS yang dulu kononnya alim apda zaman sekolah tetapi berubah keadaan bila menjejak kaki ke IPT. dahulunya merekalah yang berkata bahawa haram bercakap lelaki dan perempuan tanpa tujuan mustahak, haram SMS antara lelaki dan perempuan, haram makan satu meja lelaki dan perempuan dan pelbagai lagi fatwa yang dikeluarkan. Kini, setelah adanya Twitter, Facebook dan lain-lain, ada sebahagian daripada golongan alim ini tidak segan silu meletakkan status hubungan mereka di laman sesawang sebagai "in relationship with......". Terdapat juga dalam kalangan mereka bergambar dengan pasangan mereka rapat-rapat pipi tanpa rasa malu.aduhai.

Walaubagaimanapun, semua itu telah menjadi sejarah. Memang terdapat beberapa perkara yang saya tidak berpuas hati dengan pentadbiran SHAMS, tetapi saya tetap bersyukur kepada Allah S.W.T kerana sekolah inilah yang mematangkan saya. Sekolah inilah membuatkan saya memahami Islam dalam perspektif yang lebih luas. Sekolah inilah saya berkenalan dengan junior-junior yang mempunyai imej agama yang lebih baik daripada saya seperti Dasuki, Raja Atiq, Syahman dan ramai lagi. Kekadang saya merasa malu kerana hafazan dan qiraat Al-Quran mereka lebih baik daripada saya. Saya juga bersyukur kerana ada senior tingkatan enam atas yang banyak membantu seeprti Talhah, Junaidi, Naqiuddin dan ramai lagi. Sesetengahnya saya sudah lupa nama mereka. Senior tingakatan enam atas ketika saya di tingkatan enam rendah amat berbeza dengan senior saya di SMASID.

Saya mempunyai banyak kenangan di SHAMS. Tetapi, untuk entri ini tidak mungkin saya menceritakan kesemuanya. Di sini saya letak beberapa keping gambar saya ketika berada di SHAMS. Sesungguhnya SHAMS takkan luput di ingatan.

duduk dari kiri Faizal, Hafiz Hilmi, Hakim. Berdiri dari kiri:Syafiq, Ariful, Burhan (Bob)Nurhilmi, saya,Burhanuddin and Arief.

mandi di Marang ketika Kem Kecemerlangan STPM

gambar ketika raya bersama junior tingkatan 4.

gambar bersama senior tingakatan 6 atas

gambar ketika di Taman Tamadun Islam

gambar saya dengan semua kawan-kawan saya di tingkatan enam. Di tengah yang bertudung berwarna pink adalah Cikgu Zurifah.

gambar selepas berakhirnya peperiksaan STPM

Gambar keriangan selepas berakhirnya STPM

ketika kem Bukit Kolam.

gambar ketika mandi dan beriadah di (maaf.lupa nama tempat tersebut.)

antara kawan-kawan perempuan saya. Dari kiri: Nurul Ain, Aida Shuhada, Rasidah Mamat. Belakang dari kiri:Rohafifah,Hidayah, Zulaikha dan Rohaya Mustafa.

Bergambar dengan para guru tingkatan enam dengan bekas pengetua SHAMS (ditengah yang berkopiah) Ustaz Che Ku Razak pada hari keputusan STPM keluar

Bergambar dengan guru-guru tingkatan enam pada hari mengisi taklimat UP

Kawan-kawan perempuan juga bergambar dengan guru-guru mereka

Saya sayang SHAMS