Rabu, 2 Mac 2011

Norzaiful Untuk Rakyat


Baru-baru ini telah selesai piilihanraya kampus Uiversiti Utara Malaysia. Beberapa orang sahabat saya telah bertanding menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dan ada dalam kalangan mereka telah memenangi ajwatan tersebut. Antara calon yang menang adalah Mohamad Firdaus, Fadilah Salim, Afifi Nordin, Mohamad Hafizuddin Abdul Karim, Fazlan Thomas, Meor Al-Afif, Amer Izzuddin,Mohd Syafiq dan ramai lagi. Terdapat juga beberapa orang rakan bertanyakan kepada saya mengapa saya tidak masuk bertanding sebagai calon MPP. Jawapannya mudah. Mungkin saya seorang yang banyak membaca tentang ilmu politik dan mengkaji sifat politik itu sendiri. Tetapi itu bukanlah kriteria utama seseorang itu boleh menjadi pemimpin politik yang berjaya. Saa tidak pandai bersilat sebagai orang politik. Lagipun, saya rasa Allah tidak mengurniakan bakat kepimpinan politik kepada saya. Saya cumalah orang kerdil di dalam perjuangan ini.

Sebelum saya pergi kepada mauduk di atas, adalah lebih baik jika saya menerangkan sedikit proses perjalanan pilihanraya kampus UUM baru-baru ini. Politik kampus dan pilihanraya kampus mula menjadi panas tatkala sebahagian besar golongan siswa UUM mula mengambil bahagian di dalam pilihanraya kampus UUM. Beberapa orang rakan saya mula bangkit setelah melihat Aspirasi tidak lagi bersungguh utuk membela hak mahasiswa UUM. Akhirnya sahabat-sahabat menambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas untuk memberi saingan kepada Aspirasi yang sudah bertukar nama kepada Perubahan. Sahabat-sahabat saya yang ingin bertanding bebas ini telah menggunakan slogan yang sama iaitu Transformasi Mahasiswa. Tetapi lama-kelamaan slogan itu sudah bertukar menjadi nama “parti”. Bagi saya itu tidak menjadi masalah. Apa yang menjadi masalahnya ialah apabila ada pihak yang menuduh pihak Transformasi Mahasiswa ini sebagai cerminan baru Pro Mahasiwa dan mendapat tajaan daripada parti politik pembangkang sebanyak RM30ribu. Rasanya parti politik manalah yang begitu bodoh mahu menaja gerakan mahasiswa sebanyak RM30 ribu. Jika difikirkan lebih baik wang sejumlah itu masuk dalam poket ahli-ahli politik itu sendiri daripada membiayai mahasiswa. Tetapi Alhamdulillah, fitnah itu dapat ditangkis oleh jentera Transformasi Mahasiswa.

Terlanjur bicara mengenai pilihanraya kampus, sekarang saya pergi kepada mauduk asal mengenai mantan calon MPP iaitu Norzaiful Zainal. Beliau adalah rakan sepengajian saya di UUM selain rakan satu paras bilik dan blok. Sememangnya sejak dari semester satu lagi, beliau seorang yang berani ke depan dan berucap di khlayak ramai. Keberanian itulah sepatutnya ada bagi mereka ingin bergelar sebagai pemimpin. Zaiful juga berjaya menunjukkan bakat kepimpinannya dengan menguruskan pelbagai projek. Saya sendiri pernah menjadi ahli jawatankuasa program di bawah beliau sewaktu ketika dahulu. Memang terdapat beberapa aspek kelemahannya tetapi biasalah fitrah manusia mana yang tidak mempunyai kelemahan.

Saya menjulang tangan Zaiful ketika penamaan calon

Keseriusan Zaiful untuk membela hak mahasiswa kian terserlah apabila beliau sanggup membelanjakan hampir semua wang PTPN semata-mata untuk membiayai kos kempennya. Hal ini dapat menangkis dakwaan yang mengatakan calon-calon bebas Transformasi Mahasiswa ini kononnya mendapat tajaan daripada luar. Jika saya dibandingkan Zaiful dengan calon-calon MPP yang lain, tidak keterlaluan saya mengatakan bahawa Zaiful lebih layak berbanding dua atau tiga calon yang lain. Selain daripada handal berpolitik dan berpidato, Zaiful lebih mengetahui selok belok politik kampus berbanding calon-calon lain yang masih kosong tentang politik kampus. Bahkan ada sebahagian calon dilihat tidak lebih sekadar sebagai calon tangkap muat.

Tatkala tiba saat pemgumuman keputusan pilihanraya kampus, saya terkilan Zaiful boleh kalah. Sebahagian kawan-kawan wanita menitiskan air mata kerana tidak percaya Zaiful boleh kalah. Saya terkedu bercampur terkejut. Namun saya lebih terharu apabila Zaiful tenang menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka. Saya, Zaiful serta rakan-rakan yang lain redha dengan keputusan itu walaupun banyak perkara yang kami pertikaikan sepanjang tempoh berkempen. Zaiful menunjukkan sikap budiman dengan bersalam dan mengucapkan tahniah kepada calon-calon MPP yang menang.

Saya percaya ada hikmah di sebalik kekalahan Zaiful. Seharusnya rakan-rakan yang lain berprangsaka baik dengan Allah S.W.T. Mungkin Allah memberikan kemenangan tertunda kepada Zaiful agar beliau memperbaiki kelemahan diri serta menghitung diri apakah usaha-usaha kempen beliau itu betul-betul berkesan. Malah, di dalam Al Quran, Allah menyatakan bahawa seseorang hamba itu tidak akan dianggap beriman selagi belum diuji. Kini Norzaiful Zainal telah diuji oleh Allah agar beliau menjadi orang yang sabar, tabah serta menjadi pemimpin berjiwa besar dalam menghadapi sebarang mehnah.

Secara peribadi, Saya beranggapan politik kampus bukanlah pentas politik sebenar untuk Zaiful. Barangkali Allah ingin memberikan rezeki kemenangan kepada Zaiful di luar kampus. Bakat kepimpinan dan ketokohan yang ada pada Zaiful seharusnya dimanfaatkan oleh parti-parti politik Malaysia. Sekarang Zaiful boleh pilih wadah perjuangannya di luar nanti. Jika dilihat sekarang, Zaiful dilihat sebagai calon MPP yang tidak sealiran dengan pihak atasan. Namun jangan terkejut jika selepas ini beliau bertanding menjadi calon pilihanraya menggunakan lambang dacing dan keris. Jangan juga terkejut seperti terlihat hantu jika beliau juga bertanding menggunakan lambang bulan atau roket.Bukankah politik itu seni yang memungkinkan segala-galanya?. Walaubagaimanapun, bukanlah tugas saya untuk menentukan parti mana yang beliau patut sertai. Asalkan niat beliau ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara Insyallah tuhan akan menjadikannya sebagai pemimpin rakyat di luar sana.ni tetapi beliau juga harus berjuang dengan penuh istiqamah. Saya tidak mahu beliau menjadi seperti sesetengah ahli politik Malaysia hari ini. Ada yang suka melompat sekejap sebelah sana dan sekejap sebelah sini. Saya mahu Norzaiful Zainal melakukan yang terbaik. Ya. Norzaiful bukan untuk UUM. Norzaiful untuk rakyat.