Jumaat, 7 Mei 2010

Pengajaran dari Hulu Selangor








Walaupun pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor telah berakhir belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN P.Kamalanathan yang mengalahkan bekas menteri UMNO Dato Zaid Ibrahim di dalam pilihanraya tersebut. Sesungguhnya pilihanraya di hulu Selangor meninggalkan banyak kesan sama ada dari segi emosi,fizikal bahkan kudrat dan harta. Pilihanraya kecil Hulu Selangor merupakan pilihanraya yang kelapan selepas tujuh siri pilihanraya kecil bermula di Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau,Batang Ai,Permatang Pasir dan Bagan Pinang sebelum Hulu Selangor.Selepas Hulu Selangor BN dan PR akan bertempur sekali lagi di Sibu selepas ahli parlimennya meninngal dunia.



Saya tidak mahu mengulas mengenai jumlah undi majoriti yang diperolehi oleh BN. Kelebihan satu undi pun tetap dikira pemenang.itulah hakikat demokrasi.Pertempuran di Hulu Selangor ini juga menjadi medan pertarungan dua tokoh yang berpengaruh di dalam negara iaitu di sebelah pihak BN adalah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan di sebelah pihak PR adalah Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya pilihanraya ini menunjukkan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar tewas.Setelah mencapai kemenangan pemimpin-pemimpin BN mendakwa rakyat telah mula menerima kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak termasuk konsep 1Malaysia.


Saya mengkaji faktor-faktor kekalahan calon Parti Keadilan Rakyat(PKR)Dato Zaid Ibrahim. Antara faktor dominan adalah isu peribadi Zaid sendiri. Beliau dikatakan mengamalkan kehidupan bersosial sewaktu muda. Beliau juga dilabel sebagai "kaki botol","kaki judi",memiliki kuda lumba dan pelbagai lagi tuduhan peribadi terhadapnya. Walaupun beliau mendakwa sudah bertaubat tetapi sebahagian besar pengundi Hulu selangor masih tidak dapat menerimanya. Faktor kedua yang dianggap sebagai mempengaruhi kekalahan PKR/PR di Hulu Selangor adalah kerana Zaid bukan anak tempatan Hulu Selangor.


Selain itu,jentera pilihanraya PKR yang dikatakan tidak berkesan juga dianggap penyebab kekalahan calon PKR. Memang tidak dapat dinafikan bahawa PKR tidak mempunyai pengalam dalam strategi pilihanraya berbanding PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.PAS dan DAP meruapakan parti yang sudah lama ditubuhkan berbanding PKR yang ditubuhkan semata-mata untuk membela Anwar. Jentera PKR seakan-akan hilang semangat apabila permulaan kempen pilihanrya tetapi mendapat suntikan semangat pada saat-saat akhir setelah Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu baru pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Namun begitu,PKR tetap kalah.

Saya berpendapat faktor peribadi zaman lampau Zaid yang dijadikan isu oleh BN telah berjaya memakan umpan. Pengundi-pengundi Melayu meningkat kepada BN tetapi merosot kepada PR.Tetapi undi dari kaum cina meningkat kepada PKR. Ternyata dalam komposisi kaum di Hulu Selangor,majoriti pengundi Melayu dan India telah kembali menyokong BN.Kelihatan BN berjaya menggunakan isu peribadi Zaid sebagai modal politik mereka dalm pilihanraya kali ini. Tetapi apa yang menjadi persoalan saya mengapa UMNO dan BN selamai ini tidak mendedahkan perbuatan tidak bermoral Zaid itu ketika beliau menjadi ahli UMNO?Mengapa ahli dan pemimpin UMNO yang lain tidak membisu serta tidak membantah sewaktu perdana menteri pada ketika itu Datuk Seri(kini Tun)Abdullah Ahmad Badawi melantik Zaid Ibrahim sebagai menteri kabinet?Di manakah moral Pak Lah apabila beliau melantik seseorang yang dikatakan sebagai "kaki botol" sebagai menteri?. Bn juga berjaya mengumpan pengundi janji-janji pembangunan serta pelbagai bantuan diberikan. Pada saat itulah kerajaan Pusat UMNO dan BN meluluskan pelbagai projek di Hulu Selangor termasuk ingin menyelesaikan masalah peneroka-peneroka FELDA.Saya cuba untuk bersikap neutral dalam isu pilihanraya in tetapi memang jelas BN cuba merasuah pengundi dan BN sanggup menghabiskan ratusan jutaan ringgit demi kemenangan dalam pilihanraya.Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga telah mula menyalahgunakan jentera kerajaan negeri demi kemenangan PR di sana.Kerjaan PR Selangor mengumumkan pelbagai insentif kepada Hulu Selangor dan kerajaan negeri berhasrat ingin memajukan Hulu Selangor.Maka,apa bezanya BN dan PR dalam soal menyalahgunakan jentera kerajaan dan melanggar etika pilihanraya?

Pakatan Rakyat juga tidak boleh menyalahkan BN secara seratus peratus mengenai tindakan BN menggunakan isu peribadi kerana PR juga pernah menggunakan isu peribadi calon lawan sebagai modal politik mereka. Sewaktu pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir PR juga menggunakan isu calon BN Rohaizad Othman yang didakwa PR kerana memiliki lebih dari seorang isteri tetapi mengabaikan isterinya.Malah Rohaizad dikatakan pecah amanah dalam isu firma guamannya sewaktu ketika dahulu sehingga rakan kongsinya naik ke pentas PR untuk membela diri.Akhirnya keputusan pilihanraya tersebut berpihak kepada Pakatan Rakyat.Begitu juga ketika di dalam pilihanrya kecil Bagan Pinang BN meletakkan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai calon di dalam pilihanraya tersebut.Pakatan Rakyat menggunakan isu rasuah politik Isa ketika beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO.kemudian Isa didapati bersalah oleh lembaga displin UMNO kerana melanggar etika pemilihan parti.Disebabkan kesalahan tersebut Isa terpaksa meletak jawatan.PR menjadikan isu itu untuk memancing undi.Sekarang,dalam isu moral calon pilihanraya ini apa bezanya Zaid dengan Isa?mereka masing-masing sudah terpalit dengan isu peribadi masing-masing.

Sepatutnya tahap politik negara kita harus bergerak ke arah yang lebih matang. Ahli-ahli poltik negara perlu mengelak daripada menjadikan isu peribadi sebagai modal politik dalam mana-mana pilihanraya.Saya mengharapkan BN dan PR mengamalkan politik yang lebih sihat. Semua pihak termasuk dari BN dan PR perlu mengambil pengajaran dari Hulu Selangor.