Khamis, 15 Oktober 2009

Pilihanraya Kampus UUM:Apa Cerita?

Harold Laswell.Seorang sarjana Barat memberi pengertian maksud politik.Beliau mendefinisikan maksud politik dalam bukunya iaitu Who Gets What,When,and How?.Beliau memberi pengertian bahawa politik itu ialah bagaimana cara seseorang mendapat sesuatu,bila dan bagaimana.Kalau melalui demokrasi pilihanraya ahli-ahli politik mahu mendapatkan kuasa melalui pilihanraya dengan cara mendapatkan undi dari para pengundi.Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Harold laswell.



Baru-baru ini telah berlaku pilihanraya kampus Universiti Utara Malaysia(UUM).Pilihanraya ini kurang sengit dan "panas" berbanding unversiti-universiti awam yang lain seperti UIAM,UM,UKM,USIM dan lain-lain lagi.Di UUM,dua "parti" sahaja yang bertanding iaitu Aspirasi dan Pro Mahasiswa.Pilihanraya kali ini menyaksikan Asoirasi memnangi majoriti 2/3 majoriti dan Pro M hanya sekadar menang 2 kerusi sahaja. Sebanyak 19.096 mahasiswa dan mahasiswi turun mengundi dalam pilihanraya ini.Jumlah undian tertinggi yang diperolehi bagi kawasan umum ialah 15430 undi bersamaan 92.33 peratus dan calonnya ialah Ummu Saadah @ Murni Zainuddin.



Saya difahamkan calon-calon yang menang ini telah membentuk kabinetnya.Barisan Majlis Tertinggi MPPUUM ialah Yang Dipertua MPP saudara Mohd Syafiq Japar.Timbalan Yang Dipertua Aminaton Hajariah Husne,Naib Yang Dipertua 1 saudara Hamddyin Hamdan,Naib Yang Dipertua 2 Shaira Farhana Idris,Setiausaha Agung saudara Azman Jimeh dan Bendahari Kehormat Siti Syafiqah Ahmad.Ini juga adalah kali pertama para mahasiswa mengundii menggunakan teknologi yang dipanggil E-Voting.Walaupun ada segelintir yang menentang penggunaan E-Voting ini ia tetap diteruskan.Secara umumnya, saya ingin menyatakan saya tidak menyokong mana-mana "parti" yang bertanding dalam pilihanraya kampus UUM ini sama ada Aspirasi atau Pro Mahasiswa.



Agak mengejutkan kali ini kerana Timbalan YDP meupakan dari kalangan Hawa.Mengapa ini boleh berlaku?sepanjang proses pilihanraya ini berjalan pelbagai konflik timbul.mengapa Pro Mahasiswa tidak meletakkan semua calon di semua kawasan?Pro Mahasiswa hanya bertanding unutk 8 kerusi sahaja.Setakat ini dilihat Pro Mahasiswa belum dapat bertapak kukuh di UUM.Pro Mahasiswa perlu melakukan lebih banyak perubahan jika mahu menang.Lebih menyedihkan,timbul pula cerita risalah manifesto Pro Mahasiswa yang mana dalam risalah tersebut Pro Mahasiswa berjanji jika memenangi pilihanraya kampus ini,mereka akan memperlahankan laungan azan,menyediakan pusat ibadah untuk orang bukan Islam serta makan menyediakan tempat makanan tidak hala kepada orang bukan Islam.Nampaknya isu-isu agama pula yang menjadi bahan kempen.Ini merbahaya.Walaubagaimanapun pihak Pro Mahasiswa telah membuat laporan polis kerana mereka mendakwa risalah manifesto itu adalah fitnah semata-mata.



Dapat dikatakan di sini bahawa pilihanraya kampus ini tidak menunjukkan semangat demokrasi yang tulen.Tempoh piliharaya tidak sampai yang hanya lima hari,tidak banyak ceramah rapat umum dan poster-poster yang ditampal hanya berwarna hitam putih.Seoarang senior memberitahu poster calon terpaksa dibuat dalam warna hitam putih kerana dibimbangi cuba meniru warna bendera parti politik di luar kampus.Saya juga tidak bersetuju jika ada mana-mana mahasiswa dan mahasiswi cuba untuk membawa ideologi parti politik di luar kampus.Ini bukan masanya.Mahasiswa mesti cuba membina imejnya tersendiri.Berjuang untuk siswa dan kebajikan siswa.Secara peribadi saya juga dapat merasakan ada campur tangan dari pihak universiti dalam pilihanraya ini dan AUKU juga perlu dinilai kembali selari dengan tunutan demokrasi dan tuntutan semasa.Saya berharap pimpinan mahasiswa sedia untuk mengamalkan politik hikmah.



Saya sebenarnya sudah menduga yang Ummu Saadah akan mendapat undian tertinggi.Mungkin kerana kecantikan yang ada padanya menyebabkan ramai mahasiswa dan mahasiswi cenderung untuk mengundi beliau.Diharapkan keayuan wajahnya dapat membantu beliau menjadi pemimpin mahasiswa yang efektif.

Kepada calon yang menang saya ingin mengucapkan tahniah dan kepada yang kalah belum tentu anda akan kalah sekali lagi diluar sana.Pilihanraya di luar kampus lebih mencabar dan pilihanraya kampus hanya baru mukadimah.Syabas kepada barisan kepimpinan MPPUUM sesi 2009/2010.Anda semua harus juga harus menjaga akhlak dan moral kerana anda telah menjadi pemimpin dan anda sedang diperhatikan.