Tanggal 3-7 Febuari 2011 merupakan tempoh saya bersama rakan-rakan dari UUM amnya dan Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat khasnya mengadakan program Bakti Siswa Limpahan Budi Ikatan Ukhwah di Chini 3. Peserta yang terlibat dengan program bakti siswa ini terdiri daripada senior dan junior. Antara sahabat saya yang menyertai program anak angkat ini termasuklah pengarah projek bakti siswa ini iaitu Ku Amirul Faiz, Faizal Che Saad, Amirul Asyraf, Amer Izuddin, Saidatul Akhmar, Khalifa Omar, Suandy, Mukhri, Arni, Nadia, Zahidah, Azira serta rakan-rakan lain yang saya sudah lupa nama mereka. Program ini mendapat kerjasama penuh daripada FELDA serta masyarakat peneroka setempat.
Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada pengarah projek Ku Amirul Faiz kerana berjaya mengadakan program anak angkat ini. Sudah menjadi adat kehidupan bahawa sesuatu perkara yang kita rancang mesti terdapat juga kecacatan dan kelemahan. Begitu juga dengan program ini. Namun bukanlah niat saya untuk mencari kelemahan tersebut. Saya percaya dan yakin sahabat saya yang menjadi pengarah projek serta ahli jawatankuasa pelaksana bakti siswa ini telah mencuba sedaya upaya demi memastikan kelancaran program ini.
Saya tidak mahu bicara panjang. Saya mahu tunjukkan beberapa keping gambar yang saya telah ambil ketika di program bakti siswa di Chini, Pahang Darul Makmur.
dua gambar di atas di ambil ketika mesyuarat terkahir sebelum berlepas ke Chini
bergambar sebaik sahaja tiba di Chini
pergi jalan-jalan bila dah sampai
bersama pengarah projek baksis Ku Amirul Faiz
antara barisan kepimpinan warga Felda Chini
menari tarian poco-poco
antara peserta-peserta baksis
program baksis dirasmikan oleh Adun Chini Dato' Abu Bakar
gotong-royong mengecat pagar
peserta baksis membuat pemeriksaan kesihatan. berbaju merah di atas adalah Azlan. senior sem 6
bergambar ketika belayar di dalam bot di Tasik Chini
bergambar di perkampungan Orang Asli
bergambar dengan keluarga angkat sebelum berangkat pulang
Kepada kawan-kawan saya yang menyertai program baksis ini ingin mendapatkan semua gambar yang saya ambil bolehlah datang berjumpa dengan saya. Saya tidak berkemampuan untuk meletakkan semua gambar di dalam blog atau Facebook. Saya tidak akan melupakan kenangan saya dalam program bakti siswa ini.
Kata-kata tanpa ketulusan bukan sahaja buruk tetapi juga merosak jiwa ~ Ahli Falsafah Yunani Plato
Selasa, 8 Februari 2011
Sabtu, 29 Januari 2011
Cuti Semester 3 : Gotong Royong Surau Puan Hajah Aisyah
Pada cuti semester lepas saya terlibat dengan gotong royong dan menaiktaraf surau kampung saya. Sebelum ini surau kampung saya dikenali sebagai Surau Jalan Kenanga tetapi sekarang ditukar kepada Surau Puan Hajah Aisyah. Nama Puan Hajah Aisyah diambil sempena nama isteri kepada pemilik tapak rumah yang telah diwakafkan menjadi surau.
Menariknya, gotong royong ini mendapat usahasama daripada kakitangan Petronas. Petronas ada menyumbang beberapa bantuan kepada surau kami. Petronas juga mempunyai aktiviti kebajikan bersama orang-orang kampung. Walaubagaimanapun, ada perkara yang saya agak tidak berkenan dengan apa yang berlaku iaitu salah seorang kakitangan petronas itu adalah seorang wanita yang berbangsa Cina dan dia memang bukan beragama Islam. Tidak salah jika dia masuk ke surau kami tetapi dia tidak berpakaian menutup aurat. Sepatutnya wakil Petronas yang beragama Islam perlu menegur perbuatan seperti ini. Seperkara lagi ialah salah seorang wakil Petronas yang memberi ucapan di dalam surau itu tidak memahami jenis bahasa yang sepatutnya yang dia perlu guna. Saya fikir tidak sesuai dia menggunakan istilah "mengincreasekan". Istilah itu adalah bahasa rojak Melayu dan Inggeris. Memang langsung tidak sesuai untuk digunakan apatahlagi debgan orang-orang kampung. Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada Petronas kerana sudi memberi sumbangan kepada surau di kampung saya.. Semoga surau yang telah dibaiki, dibersih dan dinaiktarafkan ini memberi keselesaan kepada jemaah surau untuk beribadat. Saya mengharapkan pada masa akan datang kerja-kerja makruf ini dapat diteruskan dengan melibatkan lebih banyak golongan belia. Di sini saya letakkan beberapa kepinrig gambar yang sempat saya ambil semasa gotong royong tersebut.
Ustaz daripada UITM menyampaikan tazkirah sebelum memulakan gotong-royong
Ustaz Him (Ibrahim) memberi ucapan alu-aluan sebelum gotong-royong
wakil daripada Petronas memberikan ucapan
bersarapan sebelum bergotong-royong
menerima sumbangan hadiah daripada Petronas
menikmati juadah makan tengah hari
Bergambar kenangan selepas merasmikan penjenamaan semula surau
Ahad, 12 Disember 2010
Berakhirnya Semester 3
Semalam selesailah sudah peperiksaan akhir semester. Semester tiga ini adalah semseter panjang. Jika diikutkan di atas kertas, para siswa sepatutnya sudah lama bercuti sama seperti universiti-universiti lain tetapi disebabkan berlakunya banjir yang agak dashyat di bumi Jelapang Padi ini, maka peperiksaan akhir semester di UUM terpaksa ditangguhkan.Ternyata semester ini mempunyai banyak perjalanan dan perkara yang tidak dapat dilupakan. Salah satunya adalah pemergian seorang sahabat saya ke rahmatullah.
Semester ini saya berdepan dengan tugasan akademik yang agak mencabar. Peperiksaan akhir semester ini pun agak sukar ditelah. Saya tertanya-tanya bagaimana keputusan peperiksaan saya pada semester depan?harap-harap lebih baik daripada semester satu dan dua. Saya tidaklah mahu membicarakan satu persatu perjalanan peperiksaan saya. Cukuplah sekadar menceritakan secara sepintas lalu. Saya berharap usaha dan keupayaan saya akan bertambah pada semester hadapan.
Saya juga berharap pada semester depan saya dapat berada dalam tugasan kumpulan (group assignment) yang berbilang kaum. Saya beranggapan jika berada dalam kumpulan tugasan yang sama tidak membawa apa-apa perubahan apatahlagi jika disamping berada dalam bangsa yang sama. Jika sesuatu tugasan kumpulan itu terdiri daripada pelbagai kaum, nescaya dapat diwujudkan perpaduan kaum. Saya juga akan cuba mendapat tunjuk ajar daripada senior dan rakan-rakan yang mendapat keputusan cemerlang dalam jurusan INTAFF ini seperti Ali Redha Norman, Intan Rafhanah dan Nadia. Mereka adalah penerima anugerah dekan (DL) sebelum ini. Sebelum ini saya juga mempunyai seorang senior yang bolehlah dilabel sebagai genius. Dia juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.
Malam ini saya akan bertolak ke pulang ke kampung halaman. Saya telah pun pulang ketika cuti Hari Raya Aidiladha tempoh hari. Saya akan kembali ke UUM atau lebih tepat lagi ke Bukit Kachi mungkin sebelum 15 haribulan Januari 2011. Ada pendapat yang mengatakan kuliah semester depan bermula 18 haribulan.Tetapi biarkan sahaja desas-desus itu. Sekembalinya saya di rumah, saya akan cuba membaca lebih banyak buku yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan sosial yang bersangkut paut dengan kursus pengajian saya. Subjek -subjek semester depan akan lebih "huru-hara" berbanding semester ini. Saya cuba meluangkan masa lapang saya di perpustakaan Dungun sambil membaca komik kegemaran saya iaitu Detektif Conan.
Kepada kawan-kawan UUM, selamat jalan. Semoga dapat bertemu lagi pada semester hadapan.Insyaallah. Kepada kawan-kawan di kampung selamat bertemu kembali. Di bawah saya meletakan gambar yang diambil ketika kertas ujian yang terakhir peperiksaan akhir semester saya.Sayonara.

Langgan:
Catatan (Atom)