Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

Pada saat saya menulis catatan terbaru saya ini, kita telah masuk pada awal tahun 1434 Hijrah. Alhamdulillah. Kita masih diberi nyawa oleh Allah S.W.T untuk terus di atas muka bumiNya. Kita masih diberi peluang untuk terus beribadah kepada Allah.Ramai dalam kalangan umat Islam di Malaysia mula memenuhi surau dan masjid untuk membaca doa awal dan akhir tahun. Tetapi surau saya tidak berbuat demikian. Saya juga tidak tahu kenapa. Namun begitu, setelah saya membaca sedikit sebanyak penulisan ulama tertentu, doa awal dan akhir tahun itu bukanlah datang daripada Nabi S.A.W. Tiada dalil Al-Quran dan Hadis sahih yang menyatakan tentang doa tersebut. Doa ini boleh dianggap hanya amalan ulama taa'bin serta orang-orang soleh. Ternyata penulisan ulama tertentu berjaya membuka minda saya tentang agama. Moga kita dipermudahkan oleh Allah untuk mendapat pencerahan tentang agama. Insyaallah.

Tiada ulasan: