Rabu, 3 Oktober 2012

Bedah Buku

Ini adalah sebuah buku yang sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Buku ini dikarang oleh seorang ahli akademik Brazil bernama Paulo Freire. Buku ini telah diterbitkan buat pertama kali di Portugal pada tahun 1968 dan diterjemahkan di dalam bahasa Inggeris pada 1970.. Buku ini berkisar tentang hubungan antara pendidik, pelajar dan masyarakat. Istilah "pedagogy" ini mempunyai pelbagai maksud. Tetapi maksud yang sesuai dengan buku tersebut ia bermakna satu profesyen guru. Di dalam buku "Pedagogy of The Oppressed" ini Paulo Freire menekankan soal "oppressor" (penindas) dan "oppressed" (ditindas). Beliau mendedikasikan buku ini berdasarkan poengalamannya membantu orang dewasa Brazil membaca dan menulis. Beliau mengelar pedagogi tradisional model perbankan kerana melayan pelajar sebagai tin kosong untuk diisi dengan ilmu pengetahuan. Freire turut memasukkan analisis kelas Marxism secara mendalam. Selain itu, beliau mengkaji hubungan antara "penjajah" dan "dijajah". Secara ilmiahnya, buku ini mengkritik sistem pendidikan yang mengamalkan "bank pendidikan" yang merupakan sistem pendidikan tradisional. Inilah yang dikritik secara kritikal oleh Paulo Freire. Hujah Paulo Freire ini bersangkut paut dengan sistem pendidikan kita di Malaysia. Mereka dilarang mempersoalkan ilmu yang bukan dalam silibus kerana tidak akan keluar dalam peperiksaan. Maka, sistem ini hanya melahirkan guru sebagai orang yang aktif mengajar, manakala pelajar akan menjadi objek yang pasif sebagai penerima tanpa output dan akhirnya sistem ini menjadi pendidikan “teacher-centric”. Faedahnya bukan kepada pelajar. Akhirnya terlahirlah generasi yang takut untuk bersuara, bertindak ikut emosi tanpa toleransi, takut untuk menerima perubahan kerana sejak dari sekolah lagi kita telah diajar untuk menerima tanpa memberi dan bertoleransi. Cukup sekadar itu ulasan saya. Kepada mereka yang mahu membaca buku ini, tidak perlu beli. Cukup sekadar memuaturunnya daripada Internet.