Rabu, 15 Ogos 2012

Salam Syawal


Pejam celik Ramadhan pada tahun inisudah tiba di penghujungnya. Mengikut takwim Islam, umat Islam di Malaysia akan menyambut satu Syawal pada 19 haribulan Ogos 2012 iaitu pada hari Ahad. Dalam pada itu, umat Islam di ibu kota mula lenggang kerana kebanyakannya sudah mula menuju pulang ke kampung. Bazar Ramadhan dan kedai-kedai juga kian dipenuhi orang kerana ingin mendapatkan barangan diskaun yang "kaw-kaw punya harga.". Sebahagian mereka dirumah sibuk menukar kain langsir, mencuci lantai dan halaman rumah agar berseri pada hari raya nanti.


Itulah sedikit sebanyak ragam yang berlaku ketika menjelang Aidilfitri. Sibuk didapur, sesak di jalan raya dan macam-macam lagi.Tetapi, jangan kita lupa hari-hari terakhir Ramadhan ini kita dituntut memperbanyakkan lagi ibadah. Sepanjang Ramadhan ini juga kita patut mendalami lagi ilmu-ilmu berkaitan fikah Ramadhan agar kita mengetahui yang mana satu ibadat yang disuruh oleh Allah dan Nabi S.A.W dan yang mana adat yang diamalkan oleh kebanyakan orang.

Catatan kali ini saya tidak mahu berbicara panjang. Masih banyak kerja yang perlu diselesaikan di rumah mengjelang Aidilfitri ini. Dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri saya dan mohon maaf zahir dan batin. Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya.

Salam Lebaran buat semua. :)

Tiada ulasan: