Jumaat, 29 Julai 2011

Harimau dibaham Singa

Khairul Fahmi(Apek) terduduk kecewa setelah Malaysia kalah

Semalam berakhir sudah perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapura. Keputusan semalam menyaksikan perlawan terikat seri 1-1. Namun, Singapura layak ke peringkat seterusnya kerana Singapura telah menang 5-3 ketika berlawan di stadium negara Kemasik itu. Perlawanan menyaksikan Malaysia tewas dengan agregrat 6-4 dan gagal untuk meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Pada mulanya saya berhajat ke Stadium Bukit Jalil semalam, tetapi malangnya saya bekerja. Tak mengapa. Saya hanya dapat menonton perlawanan di rumah.

Penyokong Malaysia bersemangat sebelum bermula perlawanan

Sebelum sepak mula semalam saya melihat di dada-dada akhbar termasuk di televisyen bagaimana bersemngat para penyokong skuad Harimau Malaya mahu menumpaskan skuad Singa di tempat sendiri. Pada mulanya saya juga agak yakin bahawa pasukan Malaysia boleh menang malam semalam tetapi saya tidak mahu terlajak yakin (over confidence) kerana ketika bertandang di stadium Singapura sebelum ini Malaysia sudah kalah 5-3. Saya percaya ramai penyokong Malaysia kecewa dengan kekalahan ini. Tetapi inilah yang harus diterima oleh setiap rakyat yang menyokong pasukan bola sepak negara.

Sultan Azlan,Muhyuddin, Shabery dan Razali begitu semangat menonton perlawanan


Secara peribadi saya agak kecewa dengan persembahan dan permainan Malaysia semalam. Rata-rata pemain seakan-akan tidak bermaya dan hilang fokus. Pada separuh masa pertama banyak peluang terhidang kepada pasukan Singapura untuk menjaringkan gol. Nasib baik pertahanan dan penjaga gol Malaysia masih dapat mengawal gawang. Terdapat pihak memberi alasan kemenangan Singapura kerana mempunyai pemain asing yang diberi kerakyatan. Saya fikir itu bukan faktor kekalahan Malaysia. Jika pasukan Malaysia dapat bermain dengan cemerlang dan mempunyai keyakinan tinggi sudah tentu keputusan perlawan menjadi berbeda. Isu pemain asing atau tidak, yang penting adalah kebolehan dan ketangkasan pemain ketika di padang.

Saya berpendapat jurulatih negara Datuk K.Rajagobal perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan pasukan negara ini. Saya pelik dan hairan mengapa dia menurunkan Aidil Zafuan dalam kesebelasan utama sedangkan pemain itu belum cergas sepenuhnya. Hasilnya dia terpaksa ditukar dengan pemain lain pada separuh masa pertama. Strategi Raja semacam tidak menjadi. Saya hairan bagaimana dia boleh mendapat gelaran “Datuk” sedangkan pretasi Malaysia masih di tahap yang. Saya tidak mempertikaikan pemberian kurniaan darjah kebesaran oleh istana. Itu hak istana untuk memberi kepada sesiapa yang dirasakan layak. Cuma adakah dengan kejayaan pasukan Malaysia sebelum ini menyebabkan dia patut diberi kurniaan darjah?Saya memang fikir Rajagopal layak mendapat pangkat Datuk cuma keadaan dan masa sahaja yang tidak kena. Begitu juga dengan pemberian gelaran “Datuk” kepada pemain badminton negara Lee Chong Wei dan pemain squash Nicol Ann David. Mereka memang layak mendapat gelaran istana cuma masa dan keadaan sahaja yang tidak sesuai. Berilah gelaran tersebut apabila mereka sudah bersara kelak.Inilah juga masalah dalam budaya Malaysia. Baru berjaya mengharumkan nama negara terus diberi gelaran datuk. Semacam gelaran itu terlalu mudah untuk diperolehi.

Sharul yang tidak dapat beraksi kerana kecederaan tidak dapat menahan air mata melihat kekalahan skuad Harimau Malaya

Walaubagaimanapun, Saya harus memberi tabik hormat kepada pemain-pemain Malaysia kerana telah berusaha membawa kejayaan kepada negara walaupun tewas. Semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain seharusnya dihargai. Pemain negara yang hebat seperti Safee Sali, S.Kunalan. Syafiq Rahim, Aidil Zaquan dan ramai lagi patut diberi penghormatan besar. Mungkin kelab-kelab dari Eropah berminat mendapatkan khidmat mereka.sekalung tahniah juga kepada Datuk K.Rajagopal. Saya rasa dia sudah melakukan yang terbaik untuk pasukan Malaysia. Kemenangan yang diperolehi dibawah kendalian dia sebelum ini juga sewajarnya dipuji. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh membuat pilihan. Sama ada ingin mengekalkan dia sebagai jurulatih pasukan Malaysia atau mengambil orang lain. Jika tanya saya, saya berharap kalau-kalau FAM berjaya mendapatkan khidmat Jose Mourinho jurulatih Real Madrid sekarang. Tetapi saya tidak fikir itu akan berlaku.

Saya terpaksa melupakan hasrat melihat pasukan kebangsaan beraksi di pentas Piala Dunia pada 2014. Kekalahan ini mungkin memberi ruang kepada FAM supaya mencari jalan baru dan strategi baru dalam memajukan sukan bola sepak tanah air.

Saya teringin melihat pemain Malaysia seperti Safee Sali, S.Kunalan,Syafiq Rahim dan lain-lain beraksi di kelab-kelab gergasi Eropah.

Tiada ulasan: