Ahad, 31 Julai 2011

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan


Setelah mendengar pengisytiharan tarikh puasa di kaca televisyen pada pukul 8 lebih tadi bermakna secara rasminya esok umat Islam di seluruh negara akan menunaikan ibadah puasa bulan Ramadhan al-mubarak. Malam ini saya sudah berjaya menunaikan solat tarawih dan witir di surau. Alhamdulillah.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dituntut melakukan pelbagai amal makruf dan meninggalkan kerja-kerja mungkar. Allah S.W.T menjanjikan ganjaran pahala, rahmat,dan pembebasan daripada azab api neraka. Umat Islam termasuk diri saya sendiri sama-sama mengambil peluang dan ruang dalam bulan barakah ini dengan bertasbih, bertahmid,bertahlil,bertadarus,berzikir dan banyak lagi. Tetapi alangkah baiknya jika tiap-tiap bulan setiap umat Islam dapat berjemaah di Masjid. Saya akan bicarapanjang lebar lagi mengenai sikap sesetengah orang dalam kalangan masyarakat kita ketika di bulan mulia ini. Saya berasa letih malam ini untuk menaip panjang-panjang. Lagipun saya mahu tidur awal untuk sahur esok.

Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam serta mana-mana yang mengenali saya. Mudah-mudahan kita memanfaatkan ganjaran yang diberikan oleh Allah S.W.T ini.

Salam Ramadhan,
Abdul Muiz

Tiada ulasan: