Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah

Ketika saya menyiapkan post terbaru saya ini, masih tinggal lagi 2 kertas peperiksaan yang perlu saya hadapi. Saya agak lambat mengemaskini blog saya berikutan beberapa perkara mendatang yang perlu diselesaikan di samping kesibukan dalam musim peperiksaan.


Namun dalam kesibukan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 Hijrah kepada seluruh umat Islam Malaysia kususnya dan seluruh dunia amnya.Sesungguhnya sambutan ini menandakan masuknya tahun baru dalam takwim Islam. Walaupun sambutan maal hijrah ini bukanlah amalan Nabi Muhammad S.A.W dan mungkin boleh dikategorikan sebagai bida'ah tetapi saya fikir mungkin penghayatan dalam bulan Islam itu yang perlu dititikberatkan. 


Tahun Hijrah ini diambil sempena hijrah (perpindahan) Rasulullah S.A.W dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah. Pengorbanan Nabi dan para sahabat sanggup meninggalkan kediaman yang mereka cintai demi Islam. Hijrah yang patut diamalkan oleh umat Islam sekarang hijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Dari melakukan perkara mungkar kepada perkara makruf.


Umat Islam hari ini juga sepatutnya bersatu atas kalimah tauhid. Itulah hijrah yang paling afdhal. Dari bersifat berpuak-puakan kepada pertalian Islam. Suasana sekarang dilihat umat Islam masih berpuak-puak. Sesetengah pihak mendakwa mereka lebih Islam daripada yang lain manakala sesetengah pihak yang lain mendakwa Islam orang lain sebagai menyeleweng. Umat Islam perlu bersatu dan menghadapi musuh sebnar daripada bercakaran sesama sendiri. Inilah yang terjadi apabila masing-masing tidak mahu berlapang dada dan enggan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Sebenarnya sia-sia menyambut sambutan maal hijrah ini jika diri sendiri masih di takuk yang lama.Walaubagaimanapun diharapkan agar awal bulan Islam ini dapat mengubah diri saya ke arah yang lebih baik. Moga Allah menerima taubat dan amal dari saya yang bersifat kekurangan ini.

Saya berharap agar diri saya dan mereka yang lain dapat melakukan hijrah dan tajdid sama ada kubra (besar) atau sughra (kecil). Hijrah saya dalam tempoh terdekat ini adalah supaya Allah memberi keuatan kepada saya agar saya terus dapat menuntut ilmu hinggalah ketika saat saya dijemput oleh Allah. Saya berdoa agar saya dapat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Phd. Insyaallah. Moga-moga kita dilimpahi rahmat dan berkat sepanjang masa. Amin.



Di sini saya meletakkan doa awal dan akhir tahun. Moga mereka yang membaca mendapat manfaatnya.


                                                            Doa Awal Tahun


doa-awal-thn0.jpg
                                                                       Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


                                                          Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg
                                                                Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

5 ulasan:

Feizal Ikhir Juhari berkata...

Muiz..haaa....
ape azam baru ko tahun ni..???
xkan xder azam baru..
huhuhu..

Abdul Muiz berkata...

dh nyatakan kt post di ats..

nk teruskan usaha dpt ilmu dlm intaff
xberani gak ak nk azam byk sgt..kan satu pon xjalan...
haha

Feizal Ikhir Juhari berkata...

hahaha..sory aku xbaca abis..

ko xnak kembangkan persatuan PSP ke??
buat projek besar...

kalo ko nak buat..aku leh jadi ajk
kecik..

Abdul Muiz berkata...

kita tunggu sem depan...
kumpulkan org2 kg kite....
pastu buat sem depan..sem dpn sem pendek..rasanya xbyk program nk buat...

Feizal Ikhir Juhari berkata...

orait..no prob..

aku support ko dari belakang..

hahaha..