Khamis, 23 September 2010

Suasana Raya di Kampung Halaman

Kesibukan dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri membuatkan saya agak lambat untuk mengemaskini blog.Walaupun satu Syawal telah pun berlalu tetapi kemeriahan masih lagi terasa.Ramai pihak mula giat membuat rumah terbuka dengan begitu hebat sekali. Setelah saya kembali ke UUM, suasana Aidilfitri tetap masih terasa meskipun agak berbeda ketika pada satu Syawal. UUM juga turut mengadakan majlis terbuka Aidilfitri dan yang istimewanya pihak UUM turut mengundang beberapa artis seperti Hail Amir,Uji Rashid,Hijjaz dan Juara AF8 Shahir. Tetapi bukan majlis raya UUM yang saya mahu bercerita di sini. Mungkin akan datang saya akan menceritakannya. Saya mahu menfokuskan suasana raya saya di kampung halaman.


Hari raya pertama dan kedua memang hari yang sibuk dikunjungi oleh sanak saudara serta rakan-rakan. Ramai juga kawan-kawan yang datang beraya di rumah saya. Tidak ramai rumah kawan yang saya pergi. mungkin kerana sibuk melayan saudara-mara yang datang beraya di rumah saya. Rumah orang politik yang saya sempat pergi hanyalah rumah Adun Sura YB Ustzaz Wan Hassan ketika beliau membuat rumah terbuka pada hari raya kedua. Ketika saya pergi beraya di rumah wakil rakyat PAS tersebut yang juga Yang Dipertua Kawasan Dungun,dia tidak ada di rumah kerana pergi mengimamkan solat jenazah. Disebabkan itu saya tidak berpeluang untuk bergambar dengannya. Saya hanya menangkap gambar suasana rumah terbuka di kediamannya. Pemuda PAS dan Pemuda UMNO Dungun juga membuat rumah terbuka. Saya juga diundang ke majlis mereka tetapi saya tidak sempat menghadirkan diri ke majlis mereka kerana kekangan masa.Saya juga  tidak sempat ke rumah terbuka Ahli Parlimen Dungun YB Matulidi Jusoh dan Ketua UMNO Bahagian Dungun Dato' Dr Rosli Mat Hasssan walaupun ada ahli-ahli parti tersebut yang menjemput saya datang.

Memang seronok setelah pulang ke rumah dan beraya di kampung halaman sendiri walaupun tempoh cuti raya sebagai mahasiswa UUM hanya 8 hari tetapi saya memanfaatkan tempoh tersebut untuk bertemu sanak-saudara serta rakan-rakan saya . Pada bulan mulia itu juga saya sempat beraya dengan kawan-kawan sekolah dahulu termasuk menghadiri majlis raya alumni sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) dan alumni sekolah ayah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS). Sekolah saya ketika saya di tingkatan enam iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (SHAMS) dikhabarkan turut membuat majlis raya tetapi tiada siapa pun yang memaklumkan apatah lagi menjemput saya ke majlis raya tersebut. Kadang-kadang saya rasa agak terkilan sebab majlis itu tidak dihebahkan. Namun begitu saya biarkan sahaja. Lagipun bukanlah satu masalah besar kalau saya tidak pergi.


Pada majlis raya Alumni SMASID boleh dikatakan mendapat sambutan hangat daripada bekas-bekas pelajar di situ. Saya juga dapat bertemu kembali dan bertentang mata dengan kawan-kawan lama, senior dan junior saya termasuk bekas-guru-guru saya juga . Tidak ramai yang saya sempat jumpa rakan-rakan satu batch dengan saya. Memang seronok dapat bertemu semula dengan kawan-kawan lama sambil bertukar-tukar pandangan. Banyak perubahan infrasturktur yang berlaku di sekolah lama saya dan kawan-kawan saya juga ada yang sudah berubah sama ada dari segi fizikal mahupun mental.Namun saya agak kecewa apabila sebahagian daripada mereka terutamanya perempuan semacam cuba mengelak apabila saya cuba bertegur sapa. Jauh sekali kalau saya ingin bergambar dengan mereka. Nampaknya bekas-bekas pelajar perempuan masih di takuk yang lama serta masih berpegang dengan mazhab lama mereka. Suasana konservatif masih menyelubungi SMASID. Melihat keadaan begitu saya hanya bergambar dengan sahabat-sahabat lelaki sahaja.Walaupun begitu, selepas menghadirkan diri dalam dua majlis alumni saya rasa mula berminat untuk mengaktifkan diri dalam alumni. Mungkin selepas ini saya akan aktif dalam alumni SHAMS atau UUM.

Kesimpulannya, saya tetap gembira di samping keluarga menyambut Aidilfitri dengan penuh makna.Moga-moga Allah memanjangkan usia saya dan keluarga untuk bertemu lagi pada bulan Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun hadapan. Di sini saya  lampirkan beberapa keping gambar suasana Aidilfitri yang saya sambut di kampung halaman.


  Saya beraya di rumah kawan lama saya Hafizul Faris yang juga Presiden Alumni SMASID



                   Beraya di rumah bekas rakan satu kelas Izzuddin Yusof



Raya di rumah  bekas  rakan di SMKSD Ahmad Muslim yang kebetulan berlangsung majlis nikah kakaknya



                                 Mohd Syafiq Firdaus datang beraya di rumah.




Sempat bergambar dengan Pengarang Kumpulan Berita Harian Dato' Manja Ismail di majlis Alumni sekolah lama ayah saya



      Sempat juga bergambar dengan SUK Terengganu YB Dato' Mazlan Ngah




Suasana Rumah Terbuka Aidilfitri di rumah Adun Sura YB Ustaz Wan Hassan tapi sayang dia tiada di rumah ketika saya pergi.


    Antara bekas-bekas pelajar perempuan SMASID yang mendaftar sebelum masuk ke dewan



                     Antara mereka yang hadir dalam majlis alumni SMASID


      Antara tetamu yang sedang sibuk mengambil makanan dalam majlis Alumni SMASID


                        Kaum wanita giat membungkus makanan untuk dibawa balik


                        Kawan lama Raja Iskandar turut hadir setalah lama tidak berjumpa


                                Mohd Muslim pun tidak disangka  datang ke majlis ini.




Tiada ulasan: