Rabu, 1 September 2010

Salam Aidilfitri


Insyaallah malam ini saya akan berangkat pulang ke kampung halaman saya di Dungun,Terengganu.Moga-moga rakan sekalian mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya dalam perjalanan saya sebagai musafir nanti.Setibanya di rumah nanti saya sudah pastinya "huru-hara" kerana kesibukan di ambang Aidlifitri.ketibaan satu Syawal yang bakal menjelang ini pastinya dinantikan oleh setiap muslimin di dunia ini.Kedatangan Aidilfitri ini pastinya mengamit memori dulu ketika di tingkatan enam dan ketika di zaman persekolahan.

Untuk makluman penjenguk blog saya ini,saya tidak akan mengemaskini blog sehinggalah saya kembali semula di UUM pada lewat 17 haribulan 9.Alasannya sudah tentulah saya sibuk untuk persiapan menyambut hari lebaran ini.Di bawah ini saya ada letakkan beberapa jenis kad raya yang agak cantik dan menarik.

Akhir kalam.kepada semua penjenguk blog saya,rakan-rakan serta sesiapa yang mengenali saya,saya ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin.














Tiada ulasan: