Selasa, 31 Ogos 2010

Institusi Kehakiman Terus Diragui

Ahli-ahli panel ketika forum sedang berlangsung.sahabat saya Daniel Othman(kanan sekali)  menjadi moderator pada forum tersebut



Pada 30 haribulan Ogos baru-baru ini saya telah menghadiri forum perlembagaan Malaysia yang bertajuk "Judiaciary as The Guardian of Malaysia" bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM). Forum itu dianjurkan oleh Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) dengan kerjasama Persatuan Undang-Undang UUM (lebih dikenali sebagai Law Soc). Forum ini pada mulanya menjemput YB Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah tetapi malangnya beliau tidak dapat menghadirkan diri. Sebaliknya yang hadir adalah pensyarah undang-undang UUM sendiri (kalau tidak silap namanya Dr Nurhilal) dan seorang lagi Encik Taufiq (saya lupa nama penuhnya).

Saya tertarik untuk pergi ke forum tersebut kerana forum tersebut membicarakan soal badan kehakiman negara yang bersangkutan dengan mauduk forum itu. pada mulanya saya agak keberatan juga untuk pergi kerana forum itu dibawah kelolaan LawSoc sahaja tetapi apabila Penolong Pendaftar Encik Budiman menyuruh saya mengajak mahasiswa mahasiswi COLGIS untuk menghadiri forum tersebut maka saya beranggapan forum itu tidak hanya kepada penuntut ilmu hukum semata-mata.tetapi sayangnya tiada seorang pun mahasiswa dan mahasiswi dari jurusan lain yang menghadirkan diri ke forum tersebut. Namun begitu, saya rasa saya telah menjalankan tanggungjawab saya untuk mengajak mereka.


                     Antara mereka yang menghadiri forum perlembagaan Malaysia

Bagi saya forum itu sudah dikira berjaya kerana dapat menguraikan krisis sebenar yang berlaku dalam badan kehakiman. Pensyarah undang-undang UUM yang menjadi ahli panel forum tersebut mengakui bahawa kebanyakan kes di makhamah mendapat campur tangan politik.encik Taufiq yang mewakili Majlis Peguam (Bar council) juga turut bersetuju bahawa bdan kehakiman negara semakin tenat.Saya tidak bercadang untuk menyatakan satu persatu apa yang dibicarakan oleh ahli-ahli panel dalam forum itu di ruangan ini. Tetapi apa yang saya ingin luahkan di sini ialah mengenai dilema kehakiman negara.

Walaupun saya bukanlah penuntut ilmu hukum tetapi saya juga harus memahami perlembagaan persekutuan dan beberapa akta yang saya boleh kaitkan dengan ilmu politik yang saya belajar. Malah, saya beranggapan bahawa semua rakyat Malaysia perlu tahu mengenai perlembagaan negara mereka sendiri. Ahli-ahli panel mengakui bahawa institusi kehakiman negara sudah tenat gara-gara campur tangan dari pihak eksekutif. Bermulanya daripada pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara sehinggalah sekarang.Pendedahan video V.K.Lingam sedang bercakap dengan seorang hakim mengenai pencaturan kenaikan pangkat hakim yang didedahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim juga menambahkan lagi dilema kehakiman.Lihat sahaja apa yang berlaku di Perak.Apabila kes itu di bawa ke mahkamah.Mula-mula Datuk Seri Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar perak yang sah di Mahkamah Persekutuan tetapi keputusannya berubah ketika kes itu dibawa ke Mahkamah Rayuan.Banyak lagi kes yang dikatakan ada campur tangan politik seperti kes tahan ISA yang gagal mendapat pampasan dari kerajaan sebanyak RM2.5 juta,kes kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, kes pembunuhan Altantuya dan yang terbaru dan kesnya masih berjalan ialah kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim.Terlalu banyak kes yang dipertikaikan dan saya tidak mampu untuk menyatakan semuanya di sini tetapi inilah hakikat badan kehakiman negara kita sekarang.Penuh dengan krisis.

Saya sempat bergambar dengan panelis.Sebelah kiri saya encik Taufiq dan Dr Nurhilal (bersongkok)


Pengamal undang-undang seperti Professor Dr Abdul Aziz Bari, Dr Shad Salem Faruqi serta ramai lagi pakar undang-undang bersependapat bahawa badan kehakiman makin teruk.Buku-buku yang ditulis oleh bekas hakim seperti Muhammad Kamil Awang dan Salleh Abbas menjadi saksi betapa bobroknya institusi yang sepatutnya tulus.Inilah yang menjadi masalah apabila pihak pemerintah sendiri jahil mengenai konsep pengasingan kuasa. Tetapi pihak yang bertanggungjawab terhadap kepincangan ini hanya sentiasa menafikan sahaja.Setakat ini saya tidak nampak usaha pemerintah untuk memperbetulkan semula badan kehakiman.Kalau dulu ada seorang menteri yang bertanggungjawab dalam soal undang-undang cuba untuk melakukan reformasi undang-undang tetapi akhirnya menteri tersebut meletak jawatan sebagai menteri dan keluar parti  kerana usahanya itu tidak disokong oleh pimpinan pemerintah.


Sekarang pilihan berada di tangan rakyat. Rakyat sebagai pembayar cukai harus sedar mengenai kepincangan kehakiman ini. Rakyat bertanggungjawab untuk memilih sebuah kerajaan yang menekankan soal ketelusan dan integriti yang tinggi.Jika tidak, kita sendiri yang rugi kerana sebuah badan yang sepatutnya meberi keadilan kepada rakyat jelata bertukar menjadi badan keadilan bagi beberapa kerat ahli politik yang bermasalah.

Tiada ulasan: