Khamis, 19 Ogos 2010

Apakah Perlu Mahasiswa Berpolitik dan Menyertai Parti Politik?

Isu mahasiswa berpolitik mula kembali menjadi mauduk kegemaran kebanyakan mahasiswa.isu ini juga menjadi perdebatan hangat dalam kalangan mahasiswa,pensyarah dan tidak terkecuali ahli-ahli politik.Isu ini mula tercetus tatkala Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hussein membenarkan guru-guru siswazah yang berpangkat Gred 41-48 boleh aktif berpolitik dan boleh memegang jawatan dalam parti politik.Kemudian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi muncul dengan cadangan bahawa sudah sampai masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikaji semula dengan membenarkan para mahasiswa dan pensyarah berpolitik.Soalnya di sini apakah perlu mahasiswa berpolitik?

Bagi bekas Naib Canselor UITM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah,mahasiswa Malaysia belum matang untuk berpolitik.ketika beliau diwawancara dalam program Soal Jawab TV3 yang membincangkan isu "Wajarkah mahasiswa menyertai parti politik?" mempertahankan pendiriannya untuk tidak membenarkan mahasiswa berpolitik.Menurutnya,beliau bimbang kebebasan menyertai parti politik yang diberikan kepada mahasiswa akan menyebabkan berlakunya situasi tidak terkawal dan mereka mungkin akan menimbulkan isu-isu sensitif yang mampu mengugat kestabilan negara.Kelihatan pandangan Ibrahim Abu Shah selari dengan parti pemerintah yang ingin menyekat kebebasan mahasiswa.KAdang kala beliau dilihat "lebih sudu dari kuah".Saya tidak terperanjat dengan pendirian beliau.Beliau selalu mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan oleh penguasa.Tetapi bagi pensyarah undang-undang Universiti islam Antarabangsa (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz bari menjelaskan sudah sampai masanya mahasiswadiberi peluang untuk berpolitik.Beliau menerangkan bahawa kebanyakan mahasiswa sudah berumur 21 tahun ke atas tetapi di universiti mereka tidak dibenarkan berpolitik.Beliau berpendapat AUKU sudah lapuk dan perlu dimansuhkan.Dr Aziz juga percaya tidak ramai mahasiswa akan berpolitik sekalipun jika mereka diberi peluang untuk berpolitik.


Pendapat ahli politik seperti Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menganggap AUKU 1971 sudah tidak relevan lagi.Beliau mendakwa AUKU sebagai punca mengapa mahasiswa tidak berketrampilan dan berwibawa.Ketua Pemuda UMMNO Khairy Jamaluddin juga turut mempersoalkan kewajaran kerajaan menyekat kebebasan mahasiswa.Tetiba sahaja saya melihat Khairy sudah mula berani dan cuba menjuarai isu tertentu walaupun kadang-kala dilihat senada dengan Pakatan Rakyat.Jika dia ihklas saya sudah kira cukup bangga dengan beliau.

Pada pendapat saya sebagai mahasiswa,mungkin mahasiswa boleh berpolitik tetapi biarlah berpada-pada.Janganlah berpolitik sehingga tanggungjawab akademik terabai.Saya fikir tidak sesuai mahasiswa terlibat dengan parti politik.Cukuplah sekadar mahasiswa berpolitik dalam kampu sahaja.Namun begitu saya tetap menyokong jika mahasiswa mahu berdemonstrasi atau membuat program bersama-sama parti politik asalkan bukan untuk berkempen bagi mana-mana pihak yang berkepentingan.Para mahasiswa sepatutnya membentuk ideologi mereka sendiri dan apabila mereka sudah tamat pengajian barulah mereka boleh bertempur sebagai ahli politik.Kerajaan juga perlu melonggarkan hak-hak mahasiswa.Kerajaan tidak perlu bimbang jika ada mana0mana mahasiswa hari ini begitu lantang menentang pemerintah kerana boleh jadi apabila mereka tamat pengajian mereka juga akan bersama dengan parti pemerintah yang mereka tentang dahulu.Contohnya sudah ada seperti Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Dr Fuad Zakarshi,Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Menteri Belia dan Sukan Dato' Ahmad Shabery Cheek.

Tetapi saya lebih suka mengalakkan rakan-rakan mahasiswa supaya tidak menyertai parti politik dan menjadi ahli politik.Saya lebih suka jika dalam kalangan penuntut universiti mejadi ahli akademik yang disegani keilmuannya.Apabila sudah menjadi ahli akademik pendapat kita mudah untuk diterima oleh masyarakat dan kelimuan kita itu juga harus ihklas dan tidak boleh memihak kepda sesetengah parti politik sahaja.Sebagai contoh,ada seorang ahli akademik yang juga penganalisis politik yang bertaraf profesor selalu memberikan analisis politik di media massa arus perdana.Tetapi kebanyakan analisisnya itu bersifat berat sebelah kerana dilihat condong kepada sesebuah parti politik sahaja.Oleh itu, lebih baik mahasiswa menjadi rakyat yang prihatin serta menjadi pemikir politik yang unggul.Malah ahli falsafah seperti Aristotle pernah menyebut "manusia secara semula jadinya adalah haiwan politik".Apakah mahasiswa pada hari ini mahu menjadi "haiwan politik"?.Tengok gelagat ahli-ahli politik dan parti-parti politik dalam negara kita.Sesetengah mereka berperangai macam kebudak-budakkan.Ada sesetengah daripada mereka yang jenis hipokrit dan menikam kawan dari belakang.Itulah yang menyebabkan politik menjadi kotor.


Saya berharap mahasiswa yang mewakili generasi muda yang berpendidikan dapat menilai kembali kewajaran berpolitik ini.Saya tidak mengahalang niat mahasiswa untuk berpolitik tetapi haruslah difikirkan dengan sebaik-baiknya dan kalau boleh berpolitiklah secara sihat.Masa depan negara di tangan generasi muda.

Tiada ulasan: