Sabtu, 7 Ogos 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.Maka,umat Islam seantero dunia akan bersiap sedia meyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Bagi masyarakat Islam Malaysia lebih-lebih lagi gembira dalam bulan ini.Sudah tentunya suasana bandar dan desa tidak sabar-sabar menanti bulan karamah ini.

Saya berharap bulan mulia ini saya akan memenuhkan tuntutan ibadah kepada Allah S.W.T.Selepas ini juga berpusu-pusu umat Islam menuju ke masjid dan surau untuk solat terawih berjemaah.Mereka yang selalu jarang menjejak kaki ke masjid akan menjadi rajin pula ke masjid kerana keberkatan bulan Ramadhan.Kadang-kala pelik juga sesetengah umat Islam yang hanya datang ke masjid jika tibanya bulan Ramadhan atau pun ada majlis-majlis penting di masjid.Masih ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui fadhilat solat berjemaah.Pahala solat berjemaah itu 27 kali ganda berbanding solat seorang diri.Oleh itu,budaya datang ke amsjid dan surau secara bermusim tidak wajar diamalkan.


Saya berharap juga bulan puasa nanti kebanyakan umat Islam tidak berpuasa daripada lapar dan dahaga semata-mata.Pancaindera yang lain juga harus berpuasa juga.Bulan puasa bukanlah bulan pesta makanan tetapi bulan untuk kita memperbanyakkan ibadah dan zikir kepada Allah.Pad abulan seperti inilah kita memperbanyakkan pahala dan memohon supaya Allah mengampuni dosa-dosa.Saya cuba untuk mencontohi puasa Nabi Muhammad  S.A.W dan para sahabat yang berbuka puasa dan bersahur dengan buah tamar dan kurma sahaja.Bahkan ketika di dalam bulan puasa juga tentera Islam dapat mengalahkan musuh.Saya juga cuba berjihad ilmu walaupun berpuasa dan moga-moga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini.


Di dalam bulan Islam ini jugalah turunnya Al-Quran.Kitab suci itu diturunkan pada bulan Ramadhan.Al-Quran sepatutnya tidak dibaca pada bulan puasa sahaja tetapi dibaca untuk tiap-tiap hari selagi kita masih bernafas di muka bumi ini.Sebagaimana permulaan ayat dari Surah Al-Baqarah yang bermaksud bahawa Al-Quran itu adalah petunjuk dan panduan kepada orang-orang mukmin.Hal ini bermakna mereka yang berpuasa tetapi tidak menjadikan Islam dan Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk mereka maka mereka juga tergolong dalam golongan yang berpuasa menahan lapar dan dahaga sahaja.


Saya berharap semoga Allah S.W.T menjadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai bulan untuk saya menambahkan ibadah serta amal jariah.Moga-moga Allah juga mengampuni dosa-dosa saya,ibu bapa saya serta seluruh ahli keluarga saya dan menjadikan saya sekeluarga sebagai keluarga yang mendapat rahmat dan berkat dari Allah Azza Wajalla.Amin.


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!.

Tiada ulasan: