Ahad, 6 Jun 2010

UDM bertukar kepada UNISZA?





Baru-baru ini saya mendapat berita bahawa Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) akan melakukan penjenamaan semula dengan mempunyai nama baru iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Saya agak terkejut mendengar berita mengenainya.Mengapa UDM sekali lagi bertukar nama?Sebelum itu adalah lebih baik kita melihat kepada sejarah UDM ini terlebih dahulu.Mungkin ada ramai dalam kalangan anak-anak Terengganu sendiri tidak tahu-menahu dalam sejarah UDM ini.


Sejarah UDM

Sebelum UDM ditubuhkan secara rasmi ianya hanyalah sebuah kolej milikan penuh kerajaan negeri Terengganu yang disebut sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kolej ini ditubuhkan dan diperbadankan melalui Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil 3 1981). Enakmen ini telah diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 22 Ogos 1981. Sejarah KUSZA bermula pada 27 Januari 1982 dengan pengambilan pelajarnya sebanyak 40 orang. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk,Kuala Terengganu. Mulai tahun 1981 hingga 1983,KUSZA  telah menyewa bangunan Hajjah Wok di Jalan Hiliran di Pulau Kambing.Peletakan batu asas kampus tetap di Gong Badak dirasmikan oleh Duli Yang Maha MUlia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktaffi Billal Shah pada 17 mac 1981 di atas tapak tanah berkeluasan 144 hektar. Bermula Januari 1983 bermulalah KUSZA sebagai institusi pengajian tinggi di Terengganu. Pada bulan Jun 1982, KUSZA mula menawarkan Program Diploma Pengajian Islam. Seramai 26 orang calon pertama Diploma Pengajian Islam (Syariah) ini berjaya menamatkan pengajian mereka dan telah menerima Diploma masing-masing daripada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu di dalam Konvokesyen yang pertama. Program-program yang ditawarkan di KUSZA adalah pada peringkat diploma dan sijil.Kini program pengajian di institusi itu sudah bertambah dan saya sudah lupa apakah program pengajian yang lain di sana selain pengajian Islam. Lulusan KUSZA berpeluang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah memandangkan institusi  ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai  kolej agama terbaik.

KUSZA bertukar menjadi UDM

Pada tahun 2005,setelah Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Terengganu daripada PAS,usul pembubaran KUSZA dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Terengganu. Akhirnya usul tersebut berjaya diluluskan oleh DUN walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang. Ketika usul ini diluluskan,Menteri Besar Terengganu pada ketika itu dato Seri Idris Jusoh yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUSZA ketika itu menyatakan bahawa kerajaan negeri mahu menjimatkan kira-kira RM80 juta setahun bagi kos pembiayaan operasi KUSZA.KUSZA ditubuhkan ketika Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar menjadi Menteri Besar Terengganu dengan matlamat untuk melaksanakan pendidikan Islam yang lebih sistematik,melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta serta pembangunan masyarakat selaras Islam terutama dalam kalangan rakyat negeri Terengganu. Pada 1 Januari 2006 KUSZA diserahkan kepada kerajaan pusat dan dinaiktaraf menjadi sebuah institusi pengajian tinggi awam(IPTA) dengan gelaran Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Pihak pemerintah negeri ketika itu mendakwa konsep ini mengikut University of East London yang menaiktaraf sebuah kolej kepada sebuah universiti.




UDM bertukar menjadi UNISZA pula?


Apabila saya mendapat berita bahawa UDM akan bertukar nama sekali lagi saya menjadi hairan. Kenapakah namanya hendak ditukar sekali lagi?Kenapakah mahu meletakkan nama Sultan?. Jika tidak diletakkan nama sultan sekalipun tidak bermakna sesebuah institusi pendidikan itu akan malap.Bahkan,nama sultan sudah berada di merata-rata tempat seperti Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah,Kompleks Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,Sekolah Menengah Agama(Atas) Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Agama(Ladang) Sultan Zainal Abidin,Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan banyak lagi. Apabila saya menyanggah isu ini tidak bermakna saya anti monarki tetapi saya hairan dengan penjenamaan semula nama UDM kepada nama sultan.Pada pandangan saya tidak perlulah nama sesebuah institusi itu sering ditukar kerana kelak akan berhadapan dengan masalah. UDM boleh menjadi universiti cemerlang tanpa perlu menukar namanya kerap kali.KUSTEM juga bertukar menjadi UMT tetapi UMT itu masih baru lagi dan lebih junior daripada UDM.Lagipun  penjenamaan UMT itu sekali sahaja.



Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu mana-mana pihak berkepentingan memanipulasi keadaan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muiz,
You are better off sticking to school and campus issues at this point in time. Learn to write with precism on subjects within your grasp. People will laugh when you try to outgrow your knowledge and wit. Leave the controversial political figures alone for the masters at the game. Read and take stock.
Abang Long

BUJANG SUSAH berkata...

ziarah sahabat.. nice blog

Iskandar Zulkarnain berkata...

Abang Long,
Thanks for your advise.Sometimes I did not realize my mistake.

uNcLeJoE berkata...

ada sebab kenapa ditukar... penukaran dari KUSZA ke UDM itu pun sebenarnya banyak menimbulkan kelemahan dan kerugian rakyat walaupun dinyatakan distu untuk menjimtkan duit kerajaan negeri...

kenapa nama sultan zainal abidin juga ingin diletakkan...mungkin juga akan timbul apa ada pada nama... namun ada beberapa perkara yang anda perlu singkap...untuk itu semua...

dan kustem juga sudah berapa kali ditukarnama sebenarnya...dan rasanya itu bukan lah analogi yang baik untuk dperbandingkan...kerana kustem sendiri bermula dengan nama UPM cawangan Terengganu atau UPMT - KUT - KUSTEM - UMT....