Ahad, 13 Jun 2010

Selamat Bersara Tan Sri Dr Nordin Kardi

    Saya bersama Nordin Kardi ketika majlis makan malam dengan MB Terengganu



Tanggal 16 Jun 2010 Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia (UUM) Tan Sri Dr Nordin Kardi akan bersara setelah memegang jawatan tersebut selama lima tahun. Walaupun berita ini pada mulanya agak mengejutkan tetapi akhirnya ada yang memberi tanggapan sendiri mengenai persaraan Nordin.


Saya tidak  mengenali beliau secara dekat.Tetapi jika tidak silap,beliau merupakan bekas pengarah BiroTataNegara(BTN) yang dipertikaikan modulnya sehingga sekarang.Saya mula mengenalinya setelah saya mendaftar masuk ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Di dalam buku panduan kemasukan ke UUM terpampang wajahnya pada helaian pertama yang menunjukan beliau adalah Naib Canselor UUM.Namun begitu saya pernah melihatnya di dalam program televisyen. Kalau tidak silap,beliau pernah mengendalikan rancangan Bicara Siswa (sekarang Suara Siswa yang dihos oleh Fazley Yaakob) di TV1.

Bergelar sebagai seorang ahli akademik dan Naib Cancelor di sebuah universiti di sebelah utara Semenanjung Malaysia,Nordin tidak sunyi dari kontroversi. Sepanjang tempoh beliau memegang tampuk kuasa di UUM pelbagai isu timbul. Bekas Presiden Majlis Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Muhtar Suhaili pernah menuduh Nordin menciplak artikelnya. Laman sesawang tersebut ialah IslamHadhari.net menyiarkan artikel yang bertajuk Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran yang baginya merupakan kertas kerja dibentangkan oleh Nordin di sebuah seminar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting pada 7 Mei 2006. Bagi Muhatar, kandungan kertas kerja Nordin itu hampir keseluruhannya sama dengan artikel yang ditulis oleh Muhatar iaitu "Mahasiswa dan Tanggungjawab Menguruskan Kejayaan" yang telah didisiarkan oleh majalah Bicara Siswa pada bulan April 2004. Setelah menyedari kesilapan yang berlaku akhirnya Muhatar memohon maaf kepada Nordin.

Kontroversi yang menimpa Nordin tidak berhenti di situ. Pada 16 Julai 2008 Nordin Kardi diperlekehkan oleh Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam rancangan Debat Harga Minyak antara Anwar dengan Menteri Penerangan pada ketika itu iaitu Datuk Shabery Cheek apabila Nordin yang bertindak selaku submoderator dalam rancangan itu memberi hujah dan fakta yang tidak tepat.Fakta yang diberikan oleh Nordin diperbetulkan oleh Anwar.Di situ Nordin sudah malu besar.

Pada 4 Febuari 2010 akhbar arus perdana melaporkan Mahkamah Tinggi mengarahkan Nordin Kardi membayar denda sebanyak RM5,000 kepada KIC Management Sdn.Bhd. setelah beliau didapati bersalah menghina mahkamah yang dikeluarkan sebelum ini.Hal ini terjadi setelah pihak UUM gagal mematuhi injunksi yang menghalang universiti itu meneruskan program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) yang dijalankan oleh KIC Management Sdn.Bhd.

Pada 17 April 2010 sekali lagi berlaku kejutan yang melibatkan Nordin. Seorang pensyarah Bahagian Pengajian Pendidikan di UUM menfailkan saman lebih RM700,000 terhadap Nordin Kardi dan UUM atas dakwaan menyalahgunakan kuasa sebagai Naib Canselor dan menafikan hak beliau untuk kenaikan pangkat serta lain-lain dakwaan.Saya tidak mahu mengulas isu terbabit secara mendalam kerana masih dalam proses mahkamah selain mengelak berlakunya subjudice.Pelbagai hal lagi yang berlaku ketika Nordin menjadi Naib Canselor UUM. Tetapi apa yang saya bicara di sini bukan berniat untuk mengaibkan seorang Naib Canselor universiti saya sendiri tetapi sebagai mahasiswa dan orang bawahan tentulah prestasi beliau sebagai pihak atasan akan dinilai.Sedangkan seorang perdana menteri boleh dikritik apatah lagi seorang naib canselor sebagai penjawat awam.

Bagi saya,memang banyak perkara yang berlaku ketika Nordin menjadi naib canselor.Diharapkan pemilihan naib canselor lebih teliti dan mengambil kira semua aspek seperti integriti,wibawa dan tahap pengalaman akademik. Sekarang kita memerlukan naib canselor yang lebih liberal dan terbuka dalam semua perkara dalam memastikan darjat UUM setaraf dengan universiti-univerisiti terkemuka bukan sahaja di dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa. Naib Canselor seharusnya dipilih oleh mereka yang betul-betul ahli akedemik yang bersifat akademik.Kita tidak lagi boleh meletak ahli akademik yang hanya menjadi "kaki ampu" atau "yes man" kepada pihak pemerintah.Setelah banyak isu yang timbul maka elok jugalah beliau memilih untuk bersara sekarang.Jikalau tidak nanti bukan sahaja akan menjejaskan nama baik beliau tetapi nama UUM itu sendiri.Setakat ini belum diputuskan siapa akan mengantikan tempat Nordin Kardi sebagai naib canselor walaupun sudah terdengar ura-ura bahawa orang itu dan orang ini akan dipilih untuk menerajui UUM.

Saya berharap Naib Canselor UUM yang baru nanti akan dapat membaiki segala kelemahan dan pengurusan pentadbiran UUM.Namun pada akhirnya saya percaya beliau cuba melakukan yang terbaik untuk UUM.Sebagai mahasiswa saya tetap menghormati beliau sebagai seorang ahli akademik yang lebih berintelektual dan berpengalaman daripada saya.


Oleh itu,saya mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bersara kepada Tan Sri Dr Nordin Kardi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Afzainizam berkata...

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...