Jumaat, 4 Jun 2010

Agenda Pendidikan Terengganu Agenda Bersama







Pada 15 Mac 2010 Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) telah membuat satu Majlis Makan Malam Bersama Exco Kerajaan Negeri Terengganu iaitu YB Razif Abdul Rahman yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Alumni UUM Dato' Dr Ahmad Faiz di Dewan Bukit Kachi. Pada 27 Mac 2010 PERMATA sekali lagi membuat program yang melibatkan pemimpin kerajaan negeri.Kali ini melibatkan YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said.Program makan malam bersama Exco Terengganu dan Menteri Besar adalah kerana pemimpin-pemimpin kerajaan tersebut memang sedang melakukan lawatan ke setiap institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara.Majils Makan Malam bersama YAB Menteri Besar juga turut dihadiri oleh Exco-Exco seperti YB Razif dan Dato' Awang Tera,Naib Cancelor UUM Tan Sri Nordin Kardi serta pegawai-pegawai UUM yang lain.


Kedatangan Menteri Besar Terengganu itu memang dinanti-nantikan oleh mahasiswa dan mahasiswi anak Terengganu UUM.ini adalah kali kedua saya bertemu dan bersalam dengan Menteri Besar Terengganu selepas bertemu dengan beliau pada Majlis Penyerahan Sumbangan Khas kepada Pelajar-Pelajar STPM pada 2008 di Wisma Darul Iman,Kuala Terengganu.Pada majlis di Dewan EDC UUM,Ahmad Said berucap mengenai agenda kerajaan negeri yang ingin memperkasakan pendidikan negeri Terengganu.Sebagai anak jati Terengganu sememangnya berbangga dengan hasil pencapaian negeri Terengganu dalam UPSR,PMR,SPM dan tidak terkecuali STPM.Ahmad Said berucap padda majlis itu mengenai berbilion-bilion ringgit akan dibelanjakan untuk memastikan kelangsungan kecemerlangan akademik Terengganu.

Razif secara seloroh berkata supaya rakyat negeri Terengganu bersama-sama berdoa supaya harga minyak dunia naik kerana dengan cara itu pulangan royalti kepada Terengganu juga akan meningkat.Kadang-kala saya juga tertanya-tanya apakah majlis sebegini penting untuk diadakan?apakah majlis sebegini adalah untuk mendapatkan sokongan anak-anak muda kepada parti pemerintah?tetapi Alhamdulillah majlis itu berlansung tanpa sebarang polemik poltik.Saya mendengar dengan tekun ucapan Ahmad Said.Di dalam ucapan beliau,Ahmad Said menyatakan keprihatinan kerjaan negeri menghadiahkan E-Book kepada peljar-peljar sekolah bermula pada tahun in.Selain itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan berbelanja besar dlam sektor pendidikan negeri supaya negeri Terengganu kekal terbaik dalam Malaysia.Ucapan beliau itu memberi keyakinan kepda mahasiswa dan mahasiswi untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini kerana menurut Ahmad Said,jika seorang siswa berjaya mendapat keputusan cemerlang atau mendapat anugerah dekan siswa tersebut akan mendapat RM5 ribu. Sudah tentu janji kebendaan ini menggiurkan pelajar-pelajar.Beliau juga mengatakan kerajaan negeri sedia untuk membiayai pelajar-pelajar cemerlang anak Terengganu untuk menyambung pengajian ke luar negara.


Saya sempat bergambar dengan YB Dato' Awang Tera,YB Razif,serta YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said.Saya melihat pada majlis itu Ahmad Said begitu tenang dan seakan-akan gelora poltik Terengganu sudah tenang.Suatu ketika dulu poltik Terengganu menjadi panas gara-gara 3 orang ADUN BN mendapat SMS ugutan bunuh termasuk khabar angin yyang mengatakan akan berlaku undi tidak percaya ke atas Ahmad di dlaam Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Saya menghargai serta menyokong usaha Ahmad jika kerajaan negeri sedia mengeluarkan perbelanjaan besar jika mahu memartabatkan pendidikan negeri tetapi saya berharap kata-kata Ahmad Said bukan sebagai retorik politik semata-mata sebaliknya bersedia menunaikan janji-janji beliau ketika berucap di Dewan EDC Universiti Utara Malaysia(UUM).Saya juga memikirkan apakah nasib Ahmad Said pada pilihanraya umum ke-13 nanti.Apakah beliau akan terus kekal sebagai ketua kerajaan negeri jika Najib masih mahu beliau mengetuai kerajaan negeri?itu pun jika BN berjaya menguasai Terengganu pada pilihanraya umum akan datang.Bagaimana jika BN gagal di Terengganu?Apakah kemungkinan Ahmad Said akan di bawa ke Pusat sebagai menteri?.Jika Ahmad Said masih diberi kepercayaan mengetuai kerajaan negeri Terengganu mungkin Rosol Wahid dan Din Adam hanya sekadar bermimpi sahaja.Saya tidak mahu campur soal poltik Terengganu secara mendalam lebih-lebih lagi soal pergolakan dalaman parti pemerintah.Itu masalah orang politk. Bagi saya perkara yang lebih afdal ialah komitmen pemimpin-pemimpin negeri tidak kira dari parti mana sekalipun untuk mengangkat darjat negeri Terengganu suapaya Terengganu lebuh maju dan membangun serta rakyatnya menjadi rakyat yang berilmu serta bertamadun tinggi.

Oleh itu,rakyat Terengganu harus bersama menjayakan agenda ini kerana agenda ini adalah untuk mengangkat martabat pendidikan negeri Terengganu sesuai dengan slogan negeri yang mahu melahirkan generasi Ulul Albab.Pendidikan terbilang bermula di Terengganu.

2 ulasan:

nurul ain mr. berkata...

Cukup berasa syukur dan bangga dengan pencapaian pendidikan di Terengganu (^_^) Tahniah Terengganu, syukur pada Ilahi!

Iskandar Zulkarnain berkata...

sama-sama kita doakan moga Terengganu kekal terbaik..