Rabu, 6 Januari 2010

Mengapa Mereka Yang Majoriti?



<

Tiap-tiap tahun berlaku kemasukan pelajar-pelajar baru ke institut-institut pengajian tinggi. Bagi sesi pengajian 2009/2010 adalah sebanyak 65 peratus atau 26,200 daripada 40,366 calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi pengajian 2009/2010. Namun begitu,jumlah kemasukan pelajar wanita melebihi daripada jumlah pelajar lelaki saban tahun di mana-mana universiti dan kolej universiti sekalipun. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata masalah jumlah calon pelajar wanita jauh mengatasi lelaki ke IPTA tidak dapat dielakkan kerana pemilihan dibuat berdasarkan prinsip meritokrasi. Soalnya di sini mengapa pelajar kaum Hawa yang menjadi majoriti?



Ramai yang mula melatah apabila isu ketidakseimbangan pelajar lelaki dan wanita di institut pengajian awam (IPTA) ditimbulkan semula setiap kali kemasukan pelajar baru di institutsi berkenaan bermula. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang ganjil di negara ini kerana isu ini telah lama berlarutan sejak dahulu lagi dan jurangnya kini dilihat semakin melebar. Namun persoalan tetap timbul dan sampai bila keadaan ini akan berlarutan tidak dapat diketahui. Justeru,kebimbangan mula menguasai pelbagai pihak yang melihat senario yang berlaku ini boleh mengugat pembangunan masa depan negara.



Jika diteliti dengan baik,bukan menjadi satu kesalahan ramai pelajar wanita mendapat tempat di IPTA kerana mereka yang lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi cemerlang dalam akademik. Malah,turut diakui bahawa pelajar wanita bukan pintar secara semulajadi sebaliknya atas kegigihan untuk berjaya,maka tiada bezanya pelajar lelaki asalkan sanggup meningkatkan kerajinan serta mengelakkan diri daripada perkara yang melalaikan mereka. Di beberapa negara,mereka mungkin sudah mendapatkan formula terbaik untuk mengatasi masalah mengimbangi kedudukan antara pelajar lelaki dan wanita di IPTA. Sekiranya suatu formula perlu diwujudkan untuk mengatasi masalah ini,apakah ianya boleh diterima pakai?



Suatau ketika dahulu ada pihak yang mengesyorkan agar dietapkan kuota tertentu bagi mengatasi masalah ini dengan mewujudkan nisbah 50:50 antara pelajar lelaki dan wanita atau terbalikannisbah 70:30 sekarang. Ada juga saranan supaya peluang pelajar lelaki melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dipermudahkan. Sambil tujuannya baik,terutama untuk meramaikan lelaki yang berkebolehan di pasaran pekerjaan,cara demikian pula lebih bersifat tidak adil. Ada juga pihak yang member pandangan sinis dengan menyarankan agar hanya pelajar lelaki sahaja yang dibenarkan menyambung pengajian di luar negara manakala pelajar wanita hanya di institut pengajian tempatan. Rasanya cadangan itu sangat tidak praktikal.


Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memperbaiki kelemahan pelajar lelaki. Kelemahan pelajar lelaki adalah mereka kurang berkemahiran dan stategi belajar berkesan bagi membolehkan mereka mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaaan selain persekolahan turut menjadi puncanya. Pelajar lelaki dilihat bersikap sambil lewa dan menyebabkan pelajar perempuan mendahului mereka baik dari segi pembelajaran atau pencapaian peperiksaan.


Kaum wanita memang berhak untuk mendapat hak pendidikan kerana semua kaum tanpa jantina memang berhak untuk mendapatkan pendidikan. Tidak patut mana-mana kaum didiskriminasikan daripada mendapat ilmu tidak kira jantina atau apa bangsa sekalipun. Islam menentang diskriminasi seperti ini. Walaubagaimanapun,fenomena yang berlaku sekarang dilihat seolah-olah pelajar lelaki pula yang ditindas. Jika di lihat dari sudut memenuhi kehendak pasaran sudah tentunya golongan kaum Adam lebih diutamakan. Kita juga ingin melihat kaum wanita berada dalam dunia pekerjaan tetapi bukanlah bermakna mereka perlu mendominasi segenap aspek. Cuma ruang dan peluang bagi kaum lelaki perlu diperluas.


Bagi meredakan kebimbangan pelbagai pihak berkaitan isu ini,sewajarnya satu langkah serius perlu dibuat untuk mempertingkatkan kualiti pelajar lelaki sekaligus mewujudkan persaingan yang seimbang dengan pelajar wanita. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengkaji semula sistem meritokrasi supaya ade keseimbangan antara pelajar lelaki dan pelajar wanita. Kita mahukan semua kaum memberi sumbangan demi kemakmuran bersama.

Tiada ulasan: