Jumaat, 11 September 2009

Melayu Oh Melayu



Peristiwa penduduk Seksyen 23 berarak kepala lembu memang suatu perbuatan yang melampau. Perbuatan sebegitu bukan sahaja boleh menimbulkan ketegangan agama tetapi merendahkan lagi nilai budaya orang-orang Melayu.





Saya tidak berminat untuk menentukan sama ada cadangan mengenai pindahan kuil ke tempat majoriti penduduk yang beragama Islam adalah relevan atau tidak.Biarlah pihak kerajaan negeri Selangor yang menguruskan isu itu dengan hikmah.Tetapi apa yang mendukacitakan saya ialah tindakan penduduk-penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang bertindak membawa kepala lembu sebagai tindakan yang tidak bertamadun. Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tindakan membawa kepala lembu itu bukan bertujuan menghina agama Hindu tetapi kepala lembu itu ditujukan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana membuat keputusan yang "bodoh" macam lembu. Soalnya adakah ini budaya Melayu yang sebenar?sepatutnya penduduk Seksyen 23 tidak perlu terlalu mengikut emosi dan nafsu semata-mata. Malangnya tindakan primitif ini mendapat sokongan daripada pemimpin-pmimpin Melayu. Ada sesetengah pemimpin Melayu cuba untuk bersikap provokatif dalam hal ini.Nasib baik selepas daripada peristiwa itu pihak kerajaan Selangor bersetuju untuk berdialog dengan penduduk Seksyen 23 namun ingatkan masalah tersebut sudah dianggap selesai,mereka terus membuat kecoh dalam majlis dialog yang dihadiri oleh Menteri Besar Selangor tan Sri Khalid Ibrahim,Exco Selangor Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

mereka mengeluarkan kata-kata kesat yang sungguh memalukan pada bulan suci umat Islam.Dilaporkan mereka tidak mahu mendengar penjelasan khalid Ibrahim tetapi hanya mahu membuat bising.Keadaan menjadi kritikal apabila mere mengeluarkan kata-kata ancaman terhadap Rodziah Ismail dan Khalid Samad. Saya cukup malu dengan sikap segelintir Melayu yang terlalu mengikut emosi semata-mata. Kalau timbul apa-apa isu pun seharusnya diselesaikan dengan cara perbincangan,rundingan dan muafakat. Tetapi tindakan mereka menjahanamkan sesi dialog menunjukkan tahap minda Melayu tidak mencapai piawaian yang dikehendaki.Harap-harap Datuk Dr Rais Yatim boleh meneruskan kempen "Budi Bahasa Budaya Kita" supaya tidak ada lagi rakyat Malaysia berperangai tidak bertamadun.Malah dalam Islam kita diajar supaya banyak bersabar dan berlapang dada.Islam melarang umatnya menghina agama lain dan penganut agama lain apatah lagi menghina dan mengaibkan saudara Muslim sendiri. Sempena bulan Ramadhan ini harap semua pihak mengambil iktibar.

Tiada ulasan: