Khamis, 17 September 2009

Antara 1Malaysia dengan Ketuanan Rakyat



















Sebaik sahaja Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6,beliau terus memperkenalkan slogan 1Malaysia:Rakyat Didahulukan Pencapaaian Diutamakan. memang sedap bunyi slogan ini. Pada awal pemerintahan beliau memperkenalkan Key Performance Index (KPI) atau petunjuk pretasi pentadbiran beliau.Justeru,beliuau melantik Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mana memegang portfolio Perpaduan dan KPI manakala Dato Seri Idris Jala dilantik untuk membantu Koh.najib juga bertindak mengecilkan kabinetnya dengan memanggil "kabinet rakyat"



Ramai yang berpendapat bahawa Najib memperkenalkan slogan 1Malaysia hanyalah bersifat kosmetik semata-mata iaitu untuk memperolehi kembali sokongan orang-orang bukan Melayu. Hal ini terbukti sejak dalam Pilihan Raya Umun ke-12 rata-rata orang-orang Cina dan India sudah tidak mengundi Barisan Nasional(BN).. Namun begitu,sebaik sahaja mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) permulaan Najib sudah tidak begitu baik. Tidak berapa ketara respon positif daripada rakyat. Ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr.Mahathir mendesak supaya Abdullah berundur cepat. Kononnya dengan undur Pak Lah,UMNO dan BN akan menjadi kuat kembali. Tetapi ternyata sangkaan itu meleset. Konsep 1Malaysia itu tidak direstui oleh pengundi-pengundi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.




Sebenarnya apa yang ada dalam konsep 1Malaysia?bila saya menghadiri Forum Mahasiswa 1Malaysia wakil UMNO itu memberitahu bahawa konsep ini membawa maksud perpaduan dalam kepelbagaian(unity in diversity). Nampak ada kesungguhan untuk Najib betul-betul mahu rakyat didahulukan. Hal ini juga bermaksud Najib mahu membela semua kaum dalam Malaysia. Anehnya sudah tidak kedengaran lagi laungan Ketuanan Melayu yang menjadi zikir bagi UMNO Salah satu caranya ialah Najib mahu meliberasasikan sektor ekonomi dan mula mahu berbaik-baik dengan PAS. Najib juga mengumumkan bahawa keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB) akan dihapuskan secara beransur-ansur. Najib menunjukkan sikap bahawa beliau memang prihatin dengan nasib rakyat. Namun,rasanya rakyat masih belum dapat menerima Najib. Buktinya BN tidak menang lagi sebarang pilihanraya kecil bermula dari Bukit Gantang,Bukit Selambau,Penanti dan Permatang Pasir kecuali Batang Ai. Rasanya penolakan BN akan terus bersambung hingga ke pilihanraya kecil Bagan Pinang yang akan diadakan tidak lama lagi. Hal ini mungkin kerana rakyat masih marah dengan sikap sesetengah pemimpin BN atau UMNO yang masih dalam keadaan penafian dan tindakan BN merampas kerajaan Perak dengan cara yang luar biasa. Tetapi dirasakan konsep 1Malaysia seperti sudah menjadi senjata makan tuan bagi BN. Saya sendiri pun tidak sejelas mana mengenai gagasan ini.Peliknya Najib mendakwa 1Malaysia bukanlah konsep kesamarataan tetapi konsep yang masih menjunjung perlembagaan.Keadaan politik Terengganu yang agak huru-hara sebelum ini gara-gara pertembungan kumpulan Menteri Besar Dato' Ahmad Said dengan Kumpulan Dato' Seri Idris Jusoh tidak mengambarkan konsep 1Malaysia sudah dihayati oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.Walaupun mereka sudah dikatakan berdamai,namun tidak diketahui apa yang akan berlaku selepas ini.



Ada sesetengah pihak berpendapat Najib cuba meniru konsep yang dibawa oleh Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ketuanan Rakyat. Anwar juga mendakwa beliau tidak akan berkompromi mengenai hak-hak keistimewaan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi tetap akan membela nasib kaum-kaum lain selain Melayu..Pakatan Rakyat juga mengalami banyak masalah seperti di Kedah,tindakan seorang Exco dari PKR mengisytiharkan keluar parti dan menjadi bebas. Di Selangorkeadaan agak ribut dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau terpaksa menghadapi kerenah pembangkang selangor,misteri kematian Teoh Beng Hock,SPRM yang sentiasa cepat bertindak terhadap PR dan macam-macam lagi.Secara zahirnya Pakatan Rakyat juga mengalami masalah untuk mengaplikasikan konsep ketuanan rakyat di dalam pentadbiran mereka.Bagaimana pula dengan PAS?adakah sudah tidak lagi menyebut ketuanan Islam mengantikan ketuanan Melayu yang dicanang hebat oleh UMNO?.Sekarang PAS sudah banyak berubah.Kalau sewaktu ketika dahulu PAS begitu ghairah tentang Negara Islam dan Hudud.Kini,PAS berubah taktik.Kalau dulunya Membangun Bersama Islam sekarang PAS For All .PAS sekarang juga telah mengubah stategi politik demi kuasa undi rakyat.
Pertembungan prinsip antara beberapa orang Exco di Selangor memudahkan BN mengeksploitasi keadaan.Sekarang Anwar masih memperjuangkan masyarakat madani yang pernah disebut beliau sewaktu ketika dahulu.Mungkin sebab itu Abdullah menggunakan pendekatan Islam Hadhari untuk mengantikan istilah masyarakat madani cetusan Anwar ini.
Kini BN dan PR akan bertembung sekali lagi dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.BN sudah meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN manakala PAS meletakkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkifly Omar sebagai calon.Pertembungan prinsip dan ideologi akan berlaku sekali lagi di sana.Saya sudah nampak jelas konsep dan prinsip yang dibawa oleh Anwar dalam Pakatan Rakyat tetapi konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Najib juga menarik tetapi masih dalam kekaburan.Terpulang kepada rakyat untuk menilai.

1 ulasan:

Nik Amir. berkata...

2X5....kahkahkah..bukan Tipah sahaja ditipu. Demi kuasa Melayu pun akan ditipu.